2 minggu terpaksa pakai tiub kencing - Pengalaman bersalin anak bongsu

Dengar macam ngeri je tajuk ni kan? tapi, itulah hakikat yang mommylin terpaksa hadap semasa dan selepas melahirkan anak bongsu baru-baru ini.


Assalamualaikum w.b.t... hello korang apa khabar? Moga penulisan mommy ni, satu hari nanti anak-anak mommylin sendiri dapat baca. Sekarang dah guna blogspot je, tak ada domain... tak rajin dah nak jaga blog macam zaman muda dulu. Bila blogspot ni, insyaallah akan kekal selagi korang tahu nama blog ni. hihihi

Ok lah di pendekkan cerita Alhamdulillah mommylin selamat melahirkan anak ke-5 kami pada 8hb Febuari 2024 bayi lelaki. Penyudahnya 4 lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah. Allah bagi rasa pengalaman membesarkan anak lelaki dan perempuan...



Disebabkan ada 2 parut bersalin secara pembedahan (2 previous scar) makanya untuk anak ke-5 ni, mommy terpaksa bersalin secara czer juga. Semasa bersalin Harraz, doktor dah siap-siapkan laporan perubatan untuk mommy czer pada minggu ke 38 kandungan jika mengandung lagi. Semasa bersalinkan Harraz, berlaku sedikit pendarahan dalam OT sebab terlalu banyak lekatan dalam perut. Dan sebab itu juga lah, mommy boleh 3 kali czer sahaja. Ada orang 4 kali pun boleh mengandung lagi kan? Itu mungkin dalaman dia cantik lepas czer... rezeki masing-masingkan... Macam mommylin ni, anak dah ramai semua buat sendiri, mungkin tak jaga dengan baik, luar elok tapi dalaman tak cantik. huhuhu...

Sehari sebelum bersalin, macam biasa kena masuk ward dulu, hospital sama macam sebelum ni, hospital putrajaya. Kami menabung ye nak beranak kat sini. Bukan lah mahal sangat, tapi mahal lah bagi kami. Secara adilnya kelima-lima anak mommy bersalin di hospital semi goverment. Sama je macam hospital kerajaan lain, cuma bila kita bayar lebih tu rasa boleh demand sikit lah...hhahah boleh plak fikir camtu kan. Tapi mungkin lah berbeza sedikit dari fully goverment tu. Dan itulah yang buat mommy selesa. 


Masa nak warded tu, ward penuh dan mommy terpaksa tunggu di bilik biasa sementara tunggu katil kosong tersedia. Awalnya tak rasa takut tau, rasa happy sangat tak sabar nak tengok muka si bongsu ni. Lepas dd balik, nurse offer bilik single. Cuma kena add on RM20 ke 15 untuk bilik tu, tapi kami rejek, sebab taknak stay sorang kat bilik tu. Bukan dd atau sesiapa boleh teman mommy kat hospital pun... huhuh lagi pun, boleh lah jimat sikit kat situ, sehari rm20, kalau 3 hari dah 60 kan? boleh beli pampers anak. hahaha anak ramai weiii kena lah berkira-kira. 

Mommy duduk ward biasa yang ada 4 katil. Masa mommy masuk, dalam tu semua dah bersalin, semua ada baby kat sebelah katil. Kita je yang masih gemuk kat situ. Malam sebelum nak bersalin tu, tetiba hati ni jadi hiba,sedih, takut... pelik sangat tau. Rasa macam kalau aku mati macam mana? Dosa banyak ni, anak-anak sape nak jaga. Punca dia kan, datang semua perasaan tu sebab kena cucuk branula kat tangan, rasa sakit sangat. Dia punya sakit tu macam tak pernah kena cucuk jarum lah. Nak buang air pun nangis, sebab tangan sakit. Stress betul malam tu, sikit-sikit nangis. 

Untuk yang bersalin czer, biasa doktor akan letak 2 branula. Macam mommy kena cucuk kiri kanan tangan, memang stress lah, nak gerak susah , g toilet pun susah. In case masa czer pape jadi, dorang dah standby masuk ubat. so memang akan standby 1 branula. Dah jadi serba sedih lepas kena cucuk tu. Lepas solat magrib, mommy mengaji, pastu doa, sambil tu tersedu-sedu lah sensorang layan perasaan, takut mati. Memang rasa dah hujung sangat lah nyawa ni. 

Keesokkan pula kan, sepatutnya mommy turn ketiga untuk czer, tapi ada kes emergency tertundalah sehingga tengahari. Dengan perut laparnya adoi lah... takut tu tak hilang lagi, dah lah suami tak boleh melawat lagi time tu. Kebetulan masa nak bersalin tu, hp dd rosak. Memang masakkkklahhh sangat. 
Awal pagi, nurse dah bagi baju ot, dia suruh pakai awal2, pastu sarung je baju ward kat luar. 

Dalam 12 lebih tu, nurse datang kata nak pasang tiub air kencing. Siap pasang, Dia suruh naik katil yang boleh tolak ke OT. Masa ni, mommy memang stress level tinggi, korang tau tak... katil tu tinggi, aku ni gemuk dengan perut besar dia suruh panjat katil ward tu, pastu duduk kt katil tinggi tu. Gigil weiii stress betul, dengan tiub air kencing lagi... rimassss! Dah lah sakit!

Masa nurse tolak katil, jumpa dd kt pintu lift, kejap je dapat cakap. Dorang macam rushing sangat kelam kabut. Sebab ot dah panggil. Mommy tak faham betul, kena tak buat awal-awal. Kita ni, punya lah siap awal. 

Macam biasa bila sampai OT doktor bius akan sambut dengan soalan dan kertas untuk kita sign. Kita ni sakit wakkk nebes lagi... ni anak ke5 tau, bukan pertama... hahhaa nebes tak pernah berkurang , malah bertambah. hahaha... Settle semua tu, dia tolak katil kita kt tepi, lama weiii kena sidai kt situ, dalam 20-30 minit, sebab nak tunggu bilik OT kosong. Masa tu, duduk tak boleh, terbaring je lah tengok siling sambil layan perasaan dan zikir nabi yunus tanpa henti. Tak pernah mommy setakut ni untuk beranak. Mungkin makin tua, sedar dosa makin banyak kot. huhuhu 

Tak lama lepas tu, dr bius datang dan tolak masuk bilik OT. Bilik 8 kot, kalau mommy tak silap. Masuk je, laju masing2 buat kerja. Dr bius cucuk epidural, masa ni memang betul-betul pasrah dan berserah. Tapi, lepas epidural berjalan je, Allah lega sangat, sakit kat tiub air kencing tu hilang, separuh badan rasa panas bila ubat tu berfungsi. Laju epidural tu bekerja. 

Dan bila dah mula operation, dalam 10 - 15 minit lahir lah si bongsu mommy. Macam biasa lepas nurse bersihkan sikit, dia bagi baby untuk susu. Pandai pula si kecik tu menyusu, kemudian bawa baby untuk check up dan panggil dd utk azan. Mommy masih atas katil OT. Misi melahirkan dah settle. Now misi untuk ikat tiub falopio. Al kisahnya 2 doktor tu tak jumpa mana tiub tu pergi. Puas dorang dok godek perut aku tu. 

Last2 doktor pakar datang bebel, pastu dia suruh sengetkan badan mommylin sikit, terus jumpa. hukalohhhh hebat tau doktor perempuan ni, yang operate mommy tu, 2 orang doktor lelaki. ermmmm.. OK settle ikat peranak tu. Kita pun ingat ok, sat lg boleh keluar... sekali... dengar dorang cakap, mana doktor surgery ni?? lambat pulak. 

Haaa?? dah kenapa panggil doktor surgeri pulak? Takkan ikat peranak tu, kena panggil doktor lain? Errrmmm setelah beberapa minit kemudian, datang 2 orang doktor kalau tak silap, yang sorang perempuan, dia pun jahit. Pastu dia kata, isshhh leaking lagi lah. Bukak semula, jahit. Pastu masih ada leaking kan. Kita jahit sampai betul2 tak leaking ye.. 

Korang rasa, apa aku rasa masa kat katil tu? Mommy memang kena bius, tapi separuh badan tau, otak, mata, telinga semua berfungsi dengan baik lagi. Kita ni dah lah terketar-ketar atas katil tu, dengan sejuk, efek ubat lagi, pastu dengan kena jahit, bukak semula... allah... Doktor ada bagi tahu, yang dorang terlukakan SEDIKIT bladder, mommy pun mengangguk je lah. Dah dalam keadaan lalok camtu, nak harap apa, bebel kat dia, marah? terkejut? takkk... Aku nak settle cepat je, nak keluar dari situ. Masa tu, dah nak pukul 3pm kalau tak silap. Lama kan? 

Tengah dorang godek-godek perut tu kan, mommylin terasa senakkk yang teramat. SAKITTT... pastu bagi hint kat doktor. FYI, mommylin kalau kena epidural, suara memang akan susah nk bercakap, dari dulu lagi, tp boleh bercakap, cuma sangat slow. Mommy panggil dr bius, bagitahu sakit... perut saya sakit.... Kemudian, nampak doktor bagi hint kt dr annes (bius) tu, dan dia terus bagi gas. GAS je dia bagi kat aku weiii... masa ni, mommy dah jerit2 dah. SAKIT...SAKIT... Pastu tetiba sampai langit dah. Ingat dah mati. Hhuhuhuhu. Bayangan pelik, benda pelik semua nampak masa ni, nak explain pun tak tau cemana. 

Sedar-sedar dengar dr surgery explain pasal bladder. Tapi, tak boleh jawab, mulut ni membebel entah apa, mommy sendiri pun tak ingat, tapi telinga memang dengar apa dr cakap. Dr annes bagitahu, dia dah tak ada kat sini... dia dalam dunia dia sendiri...

Cuma yang bagusnya bila dalam keadaan tak sedar ni, masa dorang bersihkan kita, pastu transfer ke katil lain, kita tak sedar. Sebab kalau sedar, mesti dalam keadaan ngeri, perut baru lepas berjahit kena gerak ke katil lain. Kadang tu, yang tarik kain badan kecik2 je. Kita ni sado... huuhu memang seram. Yang tahu je tahu kan... 

Bila berada dalam bilik pemulihan, (bilik yang letak patient selepas operation) dorang pakaikan oksigen kt mommy. Macam biasa, kami ni lalok lagi, rimas dengan segala benda. Mommylin cabut, datang nurse pasangkan semula, kami pun kata, kami ok, taknak oksigen, sebab muka gatal2, rasa efek dari gas. Dorang pasangkan juga semula. Last2 ku sengetkan je oksigen tu, rimas. Tak lama lepas tu, masuk lah dalam ward. 

Masa ni, baru nampak muka laki. Sedih wei.. hidup lagi aku rupanya. Hahahah Banyak dosa, dah mintak maaf pun rasa macam ada lagi tak settle. Tak lama lepas tu, anak pun sampai. Kita ni lapar, gelojoh lah mommy bedal bubur atas meja tu. Pastu apa lagi... tak lama, muntah... hahaah. Sebenarnya tak boleh makan lagi, kena minum air je dulu. Tapi, lapar sangat. Habis lah tudung semua kena...

Dd settlekan apa yang patut, dekatkan air, call button dan katil anak sebelum dia balik. Almaklum, mana boleh tunggu kan. Hospital kerajaan. Kita pun masa tu nak rehat, nak tidur. Nurse masa hantar anak kata dia dah susukan baby sebab mommy lama dalam ot. Tapi macam biasa lah, tak leh tidur.. dok rehat je lah. 
Dd cerita banyak kali dr pakar cari dia, tak jumpa. HP rosak, cmtu lah. Tapi, dia ada je kat ruang menunggu tak g mana. Cuma dia ada g surau kejap. Dr pakar nak explain apa yang jadi kt wife dia. Last2 jumpa dekat ruangan menunggu dan terus explain kat situ. Dd kata, semua orang boleh dengan apa dr explain. Hahahaah tak pasal semua risau bini masing-masing nnt. 


Walaupun bersalin czer anak tetap kena jaga sendiri ye. Di sebabkan mommylin dah habis bius awal masa dalam ot lagi, memang dah boleh gerak lah kaki ni. Bila anak menangis kan, kita ni bgth lah nurse, anak nangis, tolong tengokkan, sebab saya dah susukan dia. Pastu nurse kata, tak pe nanti nurse baby akan datang tengok. Anak aku plak kalau nangis tak berhenti... malas cakap banyak, paut pada pagar katil tu, tarik baby. Nak pusing penuh tak boleh, tarik je lah kain bedung dia, sampai dapat dukong dia. Seram yek, terus dukong anak, wpun baru beberapa jam. Mommy susukan dia, kiri, kanan,kiri,kanan. Dan penyudahnya dia kt katil je dengan mommy. Tengah malam baru nurse datang, cek baby tukar pampers baby. Apooo lama betul nak tunggu.

Ingatkan bladder luka je masalah kali ni, rupanya malam tu, ada nurse cucuk ubat, sampai tangan mommy bengkak. Nak meletop aku tengok tangan ni, call button jauh plak masa tu, kita tak boleh nak tarik. Jiran pula semua dah tidur, langsir dah tarik, memang tak dapat nak bantu. Mujur selang beberapa minit tu, ada nurse masuk, mintak nurse tu cabutkan branula. Baru lah lega...



Keesokkan harinya mommy dah boleh bangun dan berjalan. Hikmahnya cepat pulih. Doktor pakar datang ronda, pastu minta maaf pasal kemalangan yang tak di sengaja kan tu, explain lah punca dan sebab berlaku. Dan surpisenya saya ok je, tak stress tak marah. Redho. Cuma terkilan dr yang operate tu tak mintak maaf. Seksa ye korang. Mommylin kena pakai tiub air kencing tu 2 minggu. Kehulu kehilir bawa air kencing dalam pouch. G klinik pun pakai tiub tu. 

Lepas 2 minggu dr tak nak cabut sebab tak ada result yang mengatakan bladder dah pulih. Padahal masa buat xray tu semua dah clear dan tak ada kebocoran. Tapi sebab tak ada offical letter dorang taknak tanggalkan. Nak tanggalkan untuk tukar tiub baru je. Masa ni, mommy dah betul2 stress, tak sanggup dah nak bawak benda alah tu, bau pun dah tak boleh tahan, air kencing dah bercampur dengan ubat dll. Air kencing pun dah kotor masa ni, asyik repeat jumpa dr kt kk. Mommy tetap dengan pendirian masa tu, nak cabut. Last2 dorang mengalah, minta mommy pergi klinik bedah, jumpa dr sana utk cabut. Nurse call dr yang handle kes mommy dan dia bagi cabut. Mesti lah dorang bagi, sebab result semua clear, cuma dr ni tak foward result ke dr O&G. 

Sehari lepas cabut tiub air kencing tu, mommy demam. Demam masa dalam pantang bukan main2 ye.... huhuhu serius tak larat. Anak nangiss pun tak boleh amik. Dd jaga Ahyad masa tu, mommy memang telan panadol dan tdo je. Berat badan turun, muka cengkung. Hhuhuhu...Memang pengalaman sangat beranak last ni. 

Bill hospital bertambah tau korang.. bila dd nak settlekan bil sebelum balik, dia kata kena tambah dalam 1k. Total almost 3k bersalin kan Ahyad. Mungkin cas utk general surgical utk bladder tu. Tapii bukan salah kamiiiii arrrggghhhhhhhh... stress aku! 

Sekian cerita lama yang hampir setahun untuk mommylin siapkan. hihih 



Post a Comment

1 Comments

  1. Ngilu plak SA baca citer ni...kejap berhenti sambung lagi baca sampai habis..alhamdulillah lahir la seketul Ahyad...dah besar la dia kan..

    ReplyDelete