Pemeriksaan ibu mengandung swasta atau kerajaan yang bagus?

As salam... 


Akhirnya diusia kandungan ke 25 minggu 3 hari, aku ada juga buka merah. Kalau tak, ada juga buku merah, cuma dari klinik swasta la. Bukan kerajaan. Anak pertama aku memang sangat risau bila tahu mengandung. Kandungan ke 5 minggu lagi aku dah awal2 buat buku di Klinik kesihatan. Teruja pun ada juga masa tu. Anak pertama kan. Haruslah teruja lebih sikit. Sampai kena perli la dengan nurse di Klinik kerajaan tu. Apa nak buat. Orang tak ada pengalaman. 

buku merah bukan buku pink 


Anak kedua, aku terus check up di klinik swasta. Di sebabkan kandungan aku rapat. Agak susah la minta pelepasan untuk aku selalu cuti atau MC. Masa tu pun aku sayang sangat dengan kerja aku tu. So, swasta adalah pilihan terbaik. Walaupun aku dah buat buku di PPUKM, aku tetap teruskan check up di klinik swasta. Setiap bulan adalah dalam RM100 ++ habis. Tu tak kisah sangat la kan. Aku masih bekerja. Mampu nak tanggung. Cuma kalau duit tu kita simpan untuk insuran anak lagi bagus kot. hukk..hukk... 

Bila turn anak ketiga pula... Awalnya aku memang nak terus buat buku di Klinik kerajaan. Buat apa membazir. Jimat lagi bagus. Masa menunggu di Klinik swasta dan kerajaan sama je sekarang. 2-2  lambat. Boleh tertidur kalau tunggu. Sebab tu D paling malas teman aku pergi check up. Bosan dia.
Tapi, apakan daya.. kami banyak sangat masalah yang datang. Nak tak nak, aku kena check up swasta dulu.

Dan bila dah jadi suri rumah ni, berjimat adalah perkara utama. Aku terus pergi klinik kerajaan untuk sambung check up. Bukan la tak mampu sangat. Cuma lebih baik kot aku pergi klinik kerajaan. Sebab nak bersalin pun diklinik kerajaan. Apa2 hal dikemudian hari nanti, kita juga susah. 

Beza check up swasta dan kerajaan jauh beza. Antaranya: 

 - Harga 
Ini paling ketara la. Kalau swasta (klinik biasa) standard bayaran termasuk ubat, scan dan konsultasi dalam RM100 ++ Belum lagi masa amik darah. Mungkin akan tambah RM60 atau pun apa saja masalah lain yang timbul. 

Kalau kerajaan, PERCUMA. =D 

- Waktu / Masa

Dulu mungkin la orang prefer swasta sebab nak jimat masa menunggu di KKIA. Tapi, tidak sekarang. Waktu menunggu di Klinik swasta dan kerajaan lebih kurang sama je bagi aku. Serius tak tipu. Pernah juga aku dengar sungutan dari kawan2 yang check up di Hospital swasta, menunggu lama. Sebab apa? Mereka ada kelebihan memilih doctor masing2. Dan biasanya doctor yang terbaik tu, mesti la ramai yang menunggu giliran untuk berjumpa. 

Kalau kerajaan... memang akan makan masa sikit. Pesakit terlalu ramai. Kadang tu, rasa macam bukan kat Malaysia ramai warga asing. Tapi, mereka mempunyai procedur yang teratur. Dan mungkin sebab itu kita rasa terlalu lama. Banyak tempat nak pergi. Check tinggi berat. Amik darah, air kencing dll. 

- Ketelitian

Bab ni, swasta memang terlalu basic. Cuma untungnya kita yang periksa kita adalah doctor. Maknyanya doctor lebih lagi la ilmunya berbanding nurse biasa. Tapi, bagi aku basic sangat kat klinik swasta. Check air kencing, berat dan scan. Itu je. Errmmm pastu bayar mahal. Dan yang bestnya dapat tengok baby melalui scan. Best sangat. 

Kalau kerajaan... detail sangat. Check berat, air kencing, amik darah jumpa nurse. Di situ nurse akan konsult kita macam2, dari keputusan semua ujian yang kita buat tu. Rasa puas hati la. Dengan klinik kerajaan tak dapat scan baby selalu tapi, dapat dengar jantung baby. Itu pun dah happy sangat. Sekurang kurangya kita tahu baby sihat dalam perut. 

- Kes Serius 

Aku paling risau bila ada masalah akan datang. Contoh baby atau mommy bermasalah. Hospital swasta tak kan terima. Dan akhirnya mereka akan tolak kita ke kerajaan. Dan macam biasalah. Bila kita ditolak2 macam tak best la kan.  Selalunya hospital bersalin kecil yang tak cukup kelengkapan. Tapi, kalau yang besar selalunya ok je. Tapi, bila ada kes, mereka tetap refer pada pakar kerajaan juga. 

Kerajaan mempunyai ramai sangat pakar hebat. Contohnya di PPUKM. macam2 pakar ada disana. 


*****************************
Itu antaranya. Nak list semua lin tak berapa pandai. Kang orang kata aku mengondem je. Tak mampu boleh la.. hahaa Pokok pangkal, tepuk poket, rasa sendiri tak mampu pergi kerajaan je. Mampu pergi la swasta, bagi yang tak mampu macam kami ke kerajaan.. ohohho. 
Kadang tu, ada je orang yang mampu suka pergi kerajaan juga. Mungkin mereka lebih selesa. Dan mungkin, klinik2 kerajaan ni, akan lebih moden dan mesra pesakit. Kebanyakkan klinik kerajaan sekarang ni, bangunan lama. Pesakit pun tak selesa. Kalau sakit bertambah sakit bila tengok tempat lama kan. hahaa... tu pun antara sebab orang suka swasta berbanding kerajaan. 

Pilihan ditangan sendiri. 

Post a Comment

33 Comments

  1. belum pernah buat chek-up di klinik swasta... walaupun kadang2 berputus asa juga berurusan di KKIA.

    ReplyDelete
  2. betul. rmi da ckp. cek up swasta letih jg nunggu. bayor mahal jg.

    ReplyDelete
  3. untuk lebih details lebih baik check kat kerajaan..walaupun lambat dan kena menunggu lama..

    ReplyDelete
  4. dulu check up swasta best sebab x perlu menunggu lama sekarang mak aii ramainya...kekadang yg masuk jumpa doktor sampai setengah jam...borak apa la...padahal klu kitorg masuk x sampai 5 minit pun...adoi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. betul sis, sy pun check up klinik swasta, klu dpt no.lebih dr 10, terpaksa la menunggu 2 jam. Sekali turn sy, tak smpai pun 10 minit selesai. huhu

      Delete
  5. akk mmg cek gomen..so far hospital ampang best..tak panas dan rimas nak tunggu sbb ekon hahahahaha..lama mmg lama sbb ramai org kan.tapi tak pe..leh makan2..happy je pegi cek up hahahahaha

    ReplyDelete
  6. yoorin memg check up kat klinik kerajaan je..cuma tetap akan follow up dengan swasta untuk scan & tahu perkembangan baby..untuk check up gov klinik ni memg pukul 7.30 dah tercongok depan klinik..tu pon berderet dah org beratur.. sabo je lah..

    ReplyDelete
  7. irra checkup kat swasta sebab masa. tapi beranak kat kerajaan. lagipon g panel. haa xdela kena bayo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bersalin di hospital kerajaan bawa card checkup dr swasta jer tak pe ke... tanpa buku merah kk...

      Delete
  8. saya cek up anak no 1 kerajaan + PPUM, anak no 2 kat klinik swasta + klinik kerajaan (week 38 je) + PPUM, memang ketara sangat daripada segi kewangan. Namun lain2 same je, PPUM pun lambat sangat tapi at least selesa sebab kawasan menunggu luas. Namun melahirkan anak di hospital kerajaan pun ada beza, kat JB nurses garang tapi facility dekat2. manakala di temerloh, nurses mesra tapi labour room ke wad jauh benor. apepepun selagi saya boleh tolerate klinik kerajaan saya akan ke sana.

    ReplyDelete
  9. iyer laa kena berjimat kan lin... tp sama je kot swasta dgn kjaan ni..

    ReplyDelete
  10. SY checkp up anak kat swasta tuk ank no.3 N 4 sbb kononnye nak cepat n tak nak ambik cuti tuk check up.. tapi ank no.4 ade problem CTEV kaki kanan.. kat hospital doctor tnye ade family history ke @ kecing manis ke bagai...sy xleh jawab sbb klinik swasta check x detail spt ambik berat badan mcm tu.. n satu lagi kad check up pon x detail.. n now pregnen ank no.5, sy prefer kerajaan sbb lebih detail..lama pon lame la menunggu pon dah x kisah sbb sy xnk punca sy malas nk menunggu @ ambik cuti akn menyebabkn ank sy ade masalah di kemudian hari.. bukan sy nk kondem klinik swasta..tetapi once sy dah terkena sy jadi takut ade masalh lain.. pilihan di tangan masing2 :D

    ReplyDelete
  11. SY checkp up anak kat swasta tuk ank no.3 N 4 sbb kononnye nak cepat n tak nak ambik cuti tuk check up.. tapi ank no.4 ade problem CTEV kaki kanan.. kat hospital doctor tnye ade family history ke @ kecing manis ke bagai...sy xleh jawab sbb klinik swasta check x detail spt ambik berat badan mcm tu.. n satu lagi kad check up pon x detail.. n now pregnen ank no.5, sy prefer kerajaan sbb lebih detail..lama pon lame la menunggu pon dah x kisah sbb sy xnk punca sy malas nk menunggu @ ambik cuti akn menyebabkn ank sy ade masalah di kemudian hari.. bukan sy nk kondem klinik swasta..tetapi once sy dah terkena sy jadi takut ade masalh lain.. pilihan di tangan masing2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cant agree more.. sy check up klinik kerajaan lah dpt tau hb low tahap anaemia and really can cause problem..time check up kat swasta takde lah doc check semua tuu..ckp pening2 muntah2 and they said it was just normal sekali anemia..now im nearly 36 weeks and bersyukur sgt buat buku kerajaan dan swasta.satu lagi as back up plan lah kot2 tibe kene czer ke siapa tahu kan..better play safe..golongan marhaen mcm sy ni asenye terkopak gak kaalu czer kat swasta.huhuhuh.

      Delete
    2. PERKONGSIAN TENTANG CARA ELAKKAN ANEMIA TIME BERSALIN :)

      http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/hb-habislah-aku-hb-turun-lagi-cara-puan.html

      Delete
  12. Saya check dua dua,buat buku pink n bsalin di kpj. Mmg penatn lelah tapi berusaha sbb nak kelahiran ank yg memuaskan insya allah

    ReplyDelete
  13. Sorry.. Nak tumpang tanya.. Sa tak pernah check di klinik kesihatan.. Tapi nak besalin di kerajaan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi yan yip.. boleh. tapi, masa nak pergi tu, pastikan u dah betul2 rasa nak bersalin .any question, boleh email me ya allene.333@gmail.com

      Delete
  14. hi, saya nak tanya if buat check up di klinik swasta boleh tak nanti melahirkan anak di hospital kerajaan..sebab ramai kata tak boleg

    ReplyDelete
  15. makasih info nya... sukses selalu ya


    http://klinikibuhamil.com/

    https://duniawanita45.blogspot.co.id/

    https://wanitakarir45.blogspot.co.id/

    https://wanitapontianak.blogspot.co.id/

    https://wanitasuksesmalang.blogspot.co.id/

    http://gayahidupwanita45.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  16. Sy sdg hamil ank first,hmpir 19mgu & msh blum bkak buku.sbelum ni dh 3kli g bt check up kt swasta & sy plan nk brsalin kt hspt swasta.blh ke klau sy pergi kkia smata-mata utk bkak buku then sy cuma follow up check up kt swasta je?perlu ke sy buku bku kt swasta jgk?

    ReplyDelete
  17. Kandungan sy dah 4 bulan...bila sy ke klinik nk buka buku merah dya tnya mmg nk dtg cek up tiap bulan sini ke..?sy jawab sy buka buku je nnti cek up sy kat swasta tp nak bersalin g gov...then nurse ckp "kalau mcm tu tk pyah la buka buku merah". Sy ckp" org ckp klu tiada buku merah ssh nnti nk bersalin dkt gov" Tp nurse ckp bawa je semua rekod dr swasta. Akhirnya sy pulang dgan tidak membawa apa2. Tiada cek up dan tiada buku merah. So rasanya boleh ke nnti nk bersalin dkt gov ye. Dgar2 org ckp klau tiada buku merah nnti doktor akan marah kita masa nk bersalin.mcm mna ye??ade sesiapa bole bantu?

    ReplyDelete
  18. Perkongsian yang menarik puan. bagi saya lebih suka ke klinik kerajaan sebab pemeriksaan yang teliti dibuat walau agak lambat perkhidmatannya :)

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/hb-habislah-aku-hb-turun-lagi-cara-puan.html

    ReplyDelete
  19. xde buku merah pun boleh jer bersalin kat hospital kerajaan..xde buku merah langsung pun diorg x boleh tolak kes..semua kena terima

    ReplyDelete
  20. Kalau kita buka pink di klinik Swasta dan check up pon Di klnik swasta...Ada msalah X Kalau kita nk bersalin di hospital kerajaan?

    ReplyDelete
  21. Kalau kita buka pink di klinik Swasta dan check up pon Di klnik swasta...Ada msalah X Kalau kita nk bersalin di hospital kerajaan?

    ReplyDelete
  22. Kalau kita buka pink di klinik Swasta dan check up pon Di klnik swasta...Ada msalah X Kalau kita nk bersalin di hospital kerajaan?

    ReplyDelete
  23. Saya tolong jawab.. boleh je check up Di klinik swasta dan nk bersalin gov.. tapi kes Saya , ank ketiga check up swasta bersalin Di husm.. doktor Tanya knp tak bersalin Di private.. sebabnya due date dah lebih drp seminggu.. doktor private tu bgtau kena bersalin awal dan Akan induce.. lgpon Sbb lebih due jugak tak diterima bersalin Di hospital ter dekat dgn rumah

    ReplyDelete
  24. Dua2 pun ada kelebihan & kekurangan….yg bestnya swasta…selesa bgi saya

    ReplyDelete
  25. Dua2 pun ada kelebihan & kekurangan….yg bestnya swasta…selesa bgi saya

    ReplyDelete
  26. Dua2 pun ada kelebihan & kekurangan….yg bestnya swasta…selesa bgi saya

    ReplyDelete
  27. Dua2 pun ada kelebihan & kekurangan….yg bestnya swasta…selesa bgi saya

    ReplyDelete