As salam... 


Akhirnya diusia kandungan ke 25 minggu 3 hari, aku ada juga buka merah. Kalau tak, ada juga buku merah, cuma dari klinik swasta la. Bukan kerajaan. Anak pertama aku memang sangat risau bila tahu mengandung. Kandungan ke 5 minggu lagi aku dah awal2 buat buku di Klinik kesihatan. Teruja pun ada juga masa tu. Anak pertama kan. Haruslah teruja lebih sikit. Sampai kena perli la dengan nurse di Klinik kerajaan tu. Apa nak buat. Orang tak ada pengalaman. 

buku merah bukan buku pink 


Anak kedua, aku terus check up di klinik swasta. Di sebabkan kandungan aku rapat. Agak susah la minta pelepasan untuk aku selalu cuti atau MC. Masa tu pun aku sayang sangat dengan kerja aku tu. So, swasta adalah pilihan terbaik. Walaupun aku dah buat buku di PPUKM, aku tetap teruskan check up di klinik swasta. Setiap bulan adalah dalam RM100 ++ habis. Tu tak kisah sangat la kan. Aku masih bekerja. Mampu nak tanggung. Cuma kalau duit tu kita simpan untuk insuran anak lagi bagus kot. hukk..hukk... 

Bila turn anak ketiga pula... Awalnya aku memang nak terus buat buku di Klinik kerajaan. Buat apa membazir. Jimat lagi bagus. Masa menunggu di Klinik swasta dan kerajaan sama je sekarang. 2-2  lambat. Boleh tertidur kalau tunggu. Sebab tu D paling malas teman aku pergi check up. Bosan dia.
Tapi, apakan daya.. kami banyak sangat masalah yang datang. Nak tak nak, aku kena check up swasta dulu.

Dan bila dah jadi suri rumah ni, berjimat adalah perkara utama. Aku terus pergi klinik kerajaan untuk sambung check up. Bukan la tak mampu sangat. Cuma lebih baik kot aku pergi klinik kerajaan. Sebab nak bersalin pun diklinik kerajaan. Apa2 hal dikemudian hari nanti, kita juga susah. 

Beza check up swasta dan kerajaan jauh beza. Antaranya: 

 - Harga 
Ini paling ketara la. Kalau swasta (klinik biasa) standard bayaran termasuk ubat, scan dan konsultasi dalam RM100 ++ Belum lagi masa amik darah. Mungkin akan tambah RM60 atau pun apa saja masalah lain yang timbul. 

Kalau kerajaan, PERCUMA. =D 

- Waktu / Masa

Dulu mungkin la orang prefer swasta sebab nak jimat masa menunggu di KKIA. Tapi, tidak sekarang. Waktu menunggu di Klinik swasta dan kerajaan lebih kurang sama je bagi aku. Serius tak tipu. Pernah juga aku dengar sungutan dari kawan2 yang check up di Hospital swasta, menunggu lama. Sebab apa? Mereka ada kelebihan memilih doctor masing2. Dan biasanya doctor yang terbaik tu, mesti la ramai yang menunggu giliran untuk berjumpa. 

Kalau kerajaan... memang akan makan masa sikit. Pesakit terlalu ramai. Kadang tu, rasa macam bukan kat Malaysia ramai warga asing. Tapi, mereka mempunyai procedur yang teratur. Dan mungkin sebab itu kita rasa terlalu lama. Banyak tempat nak pergi. Check tinggi berat. Amik darah, air kencing dll. 

- Ketelitian

Bab ni, swasta memang terlalu basic. Cuma untungnya kita yang periksa kita adalah doctor. Maknyanya doctor lebih lagi la ilmunya berbanding nurse biasa. Tapi, bagi aku basic sangat kat klinik swasta. Check air kencing, berat dan scan. Itu je. Errmmm pastu bayar mahal. Dan yang bestnya dapat tengok baby melalui scan. Best sangat. 

Kalau kerajaan... detail sangat. Check berat, air kencing, amik darah jumpa nurse. Di situ nurse akan konsult kita macam2, dari keputusan semua ujian yang kita buat tu. Rasa puas hati la. Dengan klinik kerajaan tak dapat scan baby selalu tapi, dapat dengar jantung baby. Itu pun dah happy sangat. Sekurang kurangya kita tahu baby sihat dalam perut. 

- Kes Serius 

Aku paling risau bila ada masalah akan datang. Contoh baby atau mommy bermasalah. Hospital swasta tak kan terima. Dan akhirnya mereka akan tolak kita ke kerajaan. Dan macam biasalah. Bila kita ditolak2 macam tak best la kan.  Selalunya hospital bersalin kecil yang tak cukup kelengkapan. Tapi, kalau yang besar selalunya ok je. Tapi, bila ada kes, mereka tetap refer pada pakar kerajaan juga. 

Kerajaan mempunyai ramai sangat pakar hebat. Contohnya di PPUKM. macam2 pakar ada disana. 


*****************************
Itu antaranya. Nak list semua lin tak berapa pandai. Kang orang kata aku mengondem je. Tak mampu boleh la.. hahaa Pokok pangkal, tepuk poket, rasa sendiri tak mampu pergi kerajaan je. Mampu pergi la swasta, bagi yang tak mampu macam kami ke kerajaan.. ohohho. 
Kadang tu, ada je orang yang mampu suka pergi kerajaan juga. Mungkin mereka lebih selesa. Dan mungkin, klinik2 kerajaan ni, akan lebih moden dan mesra pesakit. Kebanyakkan klinik kerajaan sekarang ni, bangunan lama. Pesakit pun tak selesa. Kalau sakit bertambah sakit bila tengok tempat lama kan. hahaa... tu pun antara sebab orang suka swasta berbanding kerajaan. 

Pilihan ditangan sendiri.