Lama tak jumpa...

Assalamualaikum... Hi korang.. apa khabar? Ada lagi ke orang singgah sini? hihi. Korang masih ingat tak dengan blog mommylin ni? ke dah lupa. Domain dah tak de, harap korang masih sudi singgah sini, mommy guna allenemommylin.blogspot.com je... Insyaallah kekal yang ni. Tak mampu nak beli domain lain. Lagi pun, mommy dah mula slow menulis. 



Kot ada yang terlupa tu, ni lah saya, a.k.a mommylin yang kecik tu bongsu buat masa ni. Belum ada tanda hilang tittle bongsu lagi tu... ihihih Korang follow rapat mommy kat Instagram dan TikTok tau... sana mommy selalu update, Facebook pun dah makin slow nak update sana. Rasanya kesan penuaan tu dah dekat.  huhuh

Sekarang ni, mommy dah tak membaking dah. Lepas dari PKP ni, rasanya sale makin kurang, bahan mentah pun makin mahal, nak naik harga rasa tak patut, jadi.. mommy stop dulu. Sekarang ni, tumpu pada keluarga dan anak-anak je. Alhamduillah... semuanya cukup, walaupun hanya seorang sahaja yang bekerja. 



Awal pagi, mommy dah mulakan rutin mengemas rumah, memasak. Kemudian amik dan hantar anak pergi sekolah sampai lah petang. Lepas magrib ajar mengaji, anak-anak sambung buat sekolah, mommy pula sediakan dinner kemudian baru rehat. Macam tu lah rutin setiap hari.



Kadang tu, mommy sempat tau "me time" dalam pukul 3:30pm tu sampai waktu asar. Biasanya mommy balik rumah dalam pukul 2 lebih, pastu akan paksa Harraz dan Dina tidur. Bila dorang dah tidur, baru lah mommy dapat duduk tengok netflix sambil mengopi. Itu lah me time nya. Pastu ribut balik... kalut mandi, solat siapkan budak bedua tu untuk amik abang-abang balik sekolah. Tapi tak selalu pun, sebab kadang waktu tu, kena lipat baju. Kalau tak lipat,jawapnya..... " harapan setinggi gunung......." 

Begitu lah suri rumah... rutinnya sama, kawannya pun sama.... Ada ke kengkawan suri rumah yang baca blog lin ni juga? 



Salam Sayang ...
Mommylin

Post a Comment

2 Comments