KUALA
LUMPUR, DISEMBER 4, 2016 –
Memasuki tahun keduanya, CP Group Malaysia dan rakan penganjur, Kedutaan Besar
Diraja Thai di Malaysia telah melancarkan CP Charity Fund Run 2016 bagi menjana
dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kalangan masyarakat. Sebagai
sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat CP Group Malaysia, beberapa
badan kebajikan telah dipilih bagi memastikan agar pendanaan boleh menjangkau
semua aspek komuniti kurang bernasib baik.
Badan
kebajikan yang terlibat pada tahun ini adalah Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan
Miskin Al-Munirah, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Negeri Perak dan
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PENYAKIN NS). Setiap
badan kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM10,000 bagi membantu mereka
menangani perbelanjaan harian, yuran penyelenggaraan dan kemudahan pendidikan
bagi sejumlah 85 orang kanak-kanak dan 42 orang dewasa yang kurang upaya.
Acara CP Charity Fund Run telah berlangsung di Setia
Eco Park, selaku penaja tempat utama, pada jam 6pg, hari Ahad, 4hb Disember.
Terdapat dua kategori; larian ‘trail’ 8km bagi peserta berusia 13 tahun dan ke
atas dan larian ceria 5km untuk peserta berusia 16 tahun dan ke atas. Setiap
peserta telah menerima sebuah bag cenderahati yang merangkumi sehelai baju-T
‘dry fit’, sebuah pingat, sebuah bib angka dan sedikit makanan ringan.
Rakan minuman rasmi adalah F&N 100 Plus beserta
penaja bersama lain seperti Kemin Industries Asia Pte Limited, MSIG
Insurance (Malaysia) Bhd., AM
Bank, Life Biopharma Sdn. Bhd., CIMB Bank, Multivac Pte Ltd dan RHB Insurance
Bhd.
Larian
ini telah dirasmikan oleh En. Pratan Jongpun, Presiden CP Group Malaysia, Cik.
Sirinta Chantapan, Menteri dan Timbalan Ketua Misi daripada Kedutaan Besar
Diraja Thai di Malaysia dan Naib Presiden Eksekutif SP Setia, Datuk Koe Peng
Kang.
“Kami
gembira dengan jumlah penyertaan tahun ini dan sifat dermawan orang ramai yang
bersedia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di samping
menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan memupuk semangat persaudaraan. Kami
berdedikasi ke arah memastikan bahawa produk ayam yang selamat dan berkhasiat
sampai ke kediaman anda dan segala produk yang dikeluarkan oleh CP Brand adalah
berkualiti tinggi, termasuk aktiviti dan jerayawara yang kami rancangkan,” kata
En. Pratan Jongpun.
Selaras
dengan nilai korporat CP iaitu ‘Manfaat untuk negara, Manfaat untuk orang ramai
dan Manfaat untuk syarikat’, CP Group Malaysia berpegang teguh kepada keupayaan
untuk berubah, inovasi, integrity dan kejujuran dan prinsip-prinsip ini jelas
nyata dalam amalan pertanian mereka daripada makanan yang dihasilkan hingga ke
pandangan mereka terhadap komuniti.
CP
Group Malaysia mengeluarkan ayam dan telur segar yang kaya dengan protein serta
ayam goreng, sosej dan makanan sedia makan dan sebagai sebahagian daripada
rancangan akan datang, mereka berhasrat untuk menekankan pembangunan teknologi
hijau dan menjadi lebih mesra alam.
“Sebagai
sebahagian daripada sumbangan, kami telah memulakan inisiatif CP Charity Fund
Run bagi meningkatkan kesedaran ke atas nasib golongan kurang bernasib baik dan
bagaimana kita boleh menambah nilai ke dalam kehidupan mereka. Kami juga mahu
mewujudkan suasana yang memupuk hubungan kekeluargaan di samping bersuka ria,” tambah
En. Pratan.
Sebuah
Cabaran Boneka Pakaian telah berlangsung sebelum acara larian bermula dan
selain daripada CP Charity Fund Run, juga terdapat aktiviti unik yang menarik
minat golongan kanak-kanak dan dewasa. Sebuah bag lompatan dengan 2 platform; satu
di 5.5m dan yang lebih mencabar di 8m dengan tempat mendarat yang lembut dan
selamat untuk sesiapa yang berani menyahut cabaran lompatan tersebut.
CP
Charity Fund Run 2016 telah disertai oleh lebih 1,500 peserta dan CP Group
Malaysia berharap banyak lagi acara sebegini dapat dianjurkan di tahun-tahun
yang akan datang.
CP Malaysia terletak di
PT 98, Jalan Senawang 4, Senawang Industrial Estate, 70450 Seremban, Negeri
Sembilan Darul Khusus. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi CP
Malaysia.
Tel: +606-678 2552
Emel: ppsb@cp-malaysia.com
laman web di http://cpbrand.com.my/.
Media sosial @CPMalaysia @CPFundRun
2 Comments
Awesome job 😊
ReplyDeleteaktiviti begini sgt bagus utk membantu ramai dikalangan yg memerlukan.. teruskan lakukan aktiviti sebegini..
ReplyDelete