Assalamualaikum...
Bulan September 2016 paling mencabar Lin sebagai ibu. 3 orang anak kena Chicken Pox. Dan si bayi pula kena pakage Campak seminggu, diikuti Chicken Pox seminggu. Fuuhhhh.... Lin menulis bukan untuk merungut. Cuma, ini lah pengalaman yang boleh lin share pada mommy luar sana yang hadapi kes anak kena Chicken Pox untuk pertama kali.
![]() |
| aydina yang beransur pulih dari chicken pox |
Bila ada anak orang lain kena Chicken Pox, sebaiknya elak.. Kalau tak, bersedialah amik cuti, paling cepat seminggu. Kalau ikut kata doctor, nak betul2 elok amik masa 2 minggu. Tu sorang anak sakit cuti 2 minggu. kalau 3 anak? Sebulan la korang kena cuti... Kalau hantar rumah pengasuh pula, alamat, berjangkit la dengan semua anak asuhan tu. Kang kena kencam dengan mak pak dorang.
Virus Chicken Pox yang anak2 lin dapat pun itu la puncanya... Salah seorang anak yang mak lin asuh kena chicken pox. Mak dia hanya cuti 2-3 hari sahaja. Kemudian hantar rumah mak. Akibatnya semua anak asuhan mak kena chicken pox, termasuk Iman. Bila wekeend, Lin balik puchong, Iman pun main dengan anak2 lin... Terjadi la jangkitan. Nak halang dorang main, ermmm berbuih dah mulut ni larang. Tapi tu la budak2 lagi di larang lagi dorang main. Siap check, tengok luka kat badan iman. Dah tentulah menjangkit. Bila Hafidh kena jangkitan, dengan adik2 sekali menjangkit. Asing tempat tidur , baju basuh asing... tetap menjangkit. Virus ni, bukan kita boleh nampak... Kalau nampak awal2 lagi dah tepis kannnn....
Tapi, tu dugaan kecil je Allah bagi... Dalam masa yang sama Allah bagi lin rezeki BCbM melimpah ruah... Tak tercapai tangan nak siapkan order... Hikmah di setiap kejadian... Semuanya rahsia Allah. Bila anak2 dah sihat semula ni, rasa syukur je, mereka dah lepas virus Chicken Pox ni. Kecil2 kena, tak jadi masalah sangat. Bila besar nanti takkan kena lagi. Bila dah dewasa baru kena, memang merana... Masa kecil ni, bila kena, chicken pox yang keluar tak sebanyak dan seteruk orang dewasa kena. Mungkin dalam badan orang dewasa ni, banyak toksin... tu yang keluar banyak. Contoh depan mata. Adik lin Su baru je kena Chicken pox saing Aydina. Fuhhh... teruk tau Chicken Pox dia... Banyak sangat. MC dah nak masuk 2 minggu. Kecian tengoknya.. Pedih kan luka2. Lagi2 bila kena seluruh badan... seksanya... Paling teruk, dalam anak tekak pun dia kena... Tak tahu nak cakap apa dah.. Bertabah je la ye...
Bila anak2 dah sihat, boleh la mommy fokus pada kerja lebih sikit. Harap dapat la cover mana2 yang terlepas tu. Lagi2 lepas kenduri tunang adik ketiga lin. Fuhh.. letihnya tak terkata...
Lama sangat dah tak BW... korang yang baca entry ni, feel free tinggalkan link entry latest ye... sat lagi, lin g terjah... rindu nak komen kt blog korang...
"Mommy anak tiga yang comel"
- Mommylin ;)


3 Comments
Betul kena masa kecik lg senang drpd dh besar...semoga anak2 lin cpt sembuh
ReplyDeleteRisaukan bila anak2 kena chicken pop..kesian tengok merengek gatal
ReplyDeletealhamdulillah..tu lah faham sgt klu jaga anak sakit ni..kita mmg kena jd supermak sgt.. cian si bambam kne campak..
ReplyDelete