Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am
Akidah
ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam
Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian
sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam
Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih. PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan
sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa
minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna
“kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa
yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya
kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas
(al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk
selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang
mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda
penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual
bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.
Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi
menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah
meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai
dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau
bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam
dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut
boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah
seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan.
Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas
yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri
majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan
menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn
Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun
apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan
perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut
memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang
meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah,
termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar
dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang
Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca
ayat-ayat suci al-Qur’an.
Sementara perbuatan berkabung bagi
menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti
mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba
hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan
unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan
dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung
banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang
wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah
al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.
Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan
memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun
tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada
konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara
seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari
untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.
Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan
yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam
konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam.
(Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662 Wallahu a'lam.
Kenapa aku berhenti ambil whey protein ?
-
2 tahun tanpa whey protein
Whey protein antara makanan tambahan yang sering ambil dulu. Sebulan mesti
1 botol. Tak kira la jenama apa , mesti akan aku c...
Mac Sekali Lagi Menduga Kami
-
Bulan Mac seakan-akan menjadi bulan penuh ujian buat keluarga kami. Setiap
kali tiba bulan ini, hati kami kembali diingatkan dengan
peristiwa-peristiwa ...
KASUT SEKOLAH DONE!
-
Korang dah beli kasut sekolah anak-anak? Cuti sekolah hujung tahun 2025
kali ni kejap je,...
The post KASUT SEKOLAH DONE! appeared first on Nina Mirza.
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025
-
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua
Bila dah kerja, perkara penting yang ditunggu-tunggu setiap bulan ialah
hari Gaji! Untuk penjawat awam macam...
Cuba Makanan Pakistan
-
Assalamualaikum semua, entry kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang
pengalaman aku mencuba makanan Pakistan. Ada beberapa manisan daripada
Pakistan...
Pengalaman Kedua Misi Gunung Kinabalu
-
MISI GUNUNG KINABALU PART 1 – GUNUNG KINABALU KAMI DATANG LAGI
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat
dan salam buat ju...
5 Comments
baru faham... tq 4 sharing.
ReplyDeletesemoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah....
ReplyDeletebertafakur dalam erti kata diam sambil sedekahkan alfatihah buat si mati.. ok.. sekadar menghormati ok..
ReplyDeletetapi yang isu mh17 ni.. dah org lain pulak lebih2 mengalahkan keluarga si mati..
mmg.. kita semua tumpang sedih dan simpati dgn tragedi yang menimpa. tapi dalam islam pun suruh besederhana.. meratapi kematian lama2 pun tak boleh..
wallahualam. tapi hati nik berat sangat..
semoga ahli keluarga mangsa bertabah
Tq for sharing sis
ReplyDeleteyess...
ReplyDeletekita bertakafur..sambil sedekah al-fatihah..