Rasanya sesi 2023 cepat sangat berlalu, kasut sekolah anak-anak mommylin yang beli dengan Pallas tahun lepas semua elok-elok lagi. Memang tak sangka sangat tau. Yelah, dorang ni semua lelaki, perempuan sorang tu pun lasak juga budak nya, tapi kasut sekolah elok lagi, macam baru pakai sebulan dua je rupanya.
Kalau nak diikutkan, tak perlu pun belikan kasut baru untuk tahun 2024 ni, tapi sebab mommylin teruja sangat dengan kualiti kasut sekolah Pallas ni, nak beli juga lah. Pallas kan ada banyak jenis dan koleksi design kasut yang cantik dan menarik, kualiti pun terbaik, dah cuba pun tahun 2023. Semuanya tidak mengecewakan.
KASUT PALLAS 2023
Korang tengok lah kasut Hafidh ni, elok je lagi kan. Cuma ada kesan pemakaian lah. Kasut hitam tak basuh setiap minggu pun macam zaman kita sekolah dulu. Setiap minggu kena basuh kasuh.. huhuh untung dorang ni.
Setahun ye dia pakai kasut ni, koyak pun tak, tapak pun elok tak haus. Sebagai ibu bapa memang rasa berbaloi lah kita melabur beli kasut jenama Pallas ni. Anak mommylin pula jenis ganas dan lasak, kalau beli kasut biasa-biasa je, mesti kena beli lagi tak sampai setahun pun, isu dia , kalau tak kasut koyak tapak tercabut. Sebab budak-budak ni suka berlari.
Untuk tahun 2024 ni, Kasut Hafidh mommylin pilih lebih kurang sama dengan sebelum ni, cuma kalini nampak lebih sporty gitu. Antara ciri-ciri kasut ini adalah jenis Velcro Strap design mudah untuk anak pakai dan jimat masa. Biasa anak lelaki ni, tak suka complicated sangat, dorang suka yang mudah dan cepat.
Tapak kasut jenis ni pula adalah setebal 9mm pada bahagian tumit dan ianya dapat memaksimumkan penyerapan hentakan serta dengan cekap menyebarkan tekanan pada tumit untuk masa yang panjang.
Kasut Pallas Jazz model ini terbukti sangat ringan "X-Light" dan kasut ini mempunyai keistimewaan kusyen di bahagian tapak dengan "Arch Support" yang dapat membantu melegakan ketegangan otot kaki.
Secara zahirnya anak bujang mommylin nampak sangat macho ye dengan kasut baru dari Pallas ni, memang tak salah pilih untuk dia. Penampilan anak pun nampak lebih yakin dan bersahaja.
Kasut pilihan Harris pula sama je lebih kurang dengan kasut Hafidh, tapi tetap ada beza dia. Kalau sekali pandang memang nampak sama, tapi material dan ciri-ciri kasut tu sendiri dah lain tau korang.
Style kasut ni Single Velcro Strap mengunakan fabric canvas yang tahan lasak dan material yang sesuai dipakai untuk tempoh yang lama.
Mempunyai pelapik kasut yang tebal dan kolar kasut yang berlapik tebal untuk perlindungan dan keselesaan tambahan. Juga mempunyai kusyen insole "Arch Support" yang dapat membantu melegakan ketegangan otot kaki tetapi ada extra special untuk design kasut ni iaitu Kusyen insole khas dengan "Better Rebound" mengurangkan tekanan pada kaki dengan kejutan semula jadi. Dan juga terbukti sangat ringan "X-Light".
Kasut sekolah pilihan Harris kali ni lebih sporty berbanding kasut dia tahun lepas. Semakin membesar anak, semakin pandai dalam memilih. Tapi, kasut Pallas tahun lepas masih dalam keadaan elok, dan boleh digunakan lagi. Boleh lah buat tukar-tukar kasut atau guna masa kasut basah terkena hujan nanti.
Untuk tahun 2024 pula, kalini Aydina pilih kasut design ala-ala "lady" gitu. Cantik tau, boleh buat kasut raya. Hihihih... Sesuai lah kasut ni nak pakai dengan baju kurung. Karekter dia yang ala-ala ganas tu pun nampak sedikit ayu dengan kasut design Pallas kali ni. Tahun lepas dia dapat kasut macam Harris. Dah bosan dengan sporty design, kalini kita bagi dia lady design pula. Anak perempuan memang sesuai sangat kasut ni.
Kasut Aydina kali ni ciri-ciri dia pun simple dan tak banyak, antaranya ianya sejenis Velcro strap design dan specialnya ada signature Jazz logo. Material yang di gunakan fabrik jenis Canvas yang tahan lasak ianya sesuai untuk pemakaian yang lama. Lapik canvas pula dapat membantu kaki bernafas dengan sangat baik bagi memberi keselesaan tambahan. Tapak getah yang selesa dan mengikut bentuk kaki untuk sokongan yang lebih baik. Serta getah kasut di bahagian luar pula mempunyai cengkaman yang baik bagi si pemakai.
Apa yang mommylin boleh simpul kan dengan design kasut Aydina ni ianya kasut yang simple dan selesa. Suka tengok dia pakai nampak biasa, tapi kalau tengok tapak kasut dia, bold sangat warna menyerlah gitu. Mesti orang perasan dan tertoleh untuk kali kedua.
Beli kasut kat mana?
Korang jangan risau kalau pergi kedai kasut, tak jumpa kasut jenama PALLAS ni, sebab sekarang korang boleh je beli kasut online. Caranya mudah je, korang pergi ke website ni wow2wee.com/ kemudian scroll bawah sekali dan klik measurement guide. Cara untuk dapatkan ukuran kasut, mereka dah sediakan. Hanya ukur kaki anak dan ikut ukuran yang kita dapat tu untuk pilih kasut yang kita nak. Mudahkan...
Oklah korang, kalau nak tahu lebih terperinci tentang kasut sekolah PALLAS ni. boleh lah follow page rasmi mereka
Facebook: https://www.facebook.com/PallasMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/pallasmalaysia/
Love,
Mommylin
1 Comments
شركة مكافحة حشرات ببيشة
ReplyDelete