Genting Highland 2023 - Family Trip 2

Mak-mak kan, suka tabur janji pada anak-anak sebagai ganjaran atau reward supaya dorang rajin belajar dan dapatkan result peperiksaan yang bagus... Betul tak? 
Hai korang, Assalamualaikum.... 


TRIP KEDUA GENTING HIGHLAND

Trip kedua ke Genting Highland 2023 tahun lepas adalah trip untuk reward keputusan peperiksaan Aydina. Awalnya dia minta pergi Genting lagi, macam trip sebelum ni, nak tidur kat sana, mandi kolam dan jalan-jalan. 

Tapi kan, takkan lah nak bawa dia saja-saja je kan, mesti lah kena buat sesuatu untuk dapatkan percutian tu, sebab semuanya pakai modal kan... uhhuhu naik sesaja, pastu turun pun pakai modal banyak, ni kan pula nak tidur, mandi kolam bagai.... So, mommy kata kalau exam dapat NO 1, mommy bawak naik genting, tidur, main game. NO 2 pula, naik genting, tidur dan balik dan NO 3, naik genting jalan-jalan dan turun semula. 

Budak ni pula dia ingat janji tu, dan rezeki dia dapat NO 1 dalam kelas di sekolah KAFAI. Sekolah Kebangsaan tak ada exam, main TP je.. Darjah 4 nanti baru ada exam. Tu cerita lain lah. Time tu, tabur janji lain pula... hihihi

Kebetulan, kitorang adik beradik plan nak bercuti, bawa mak ayah, asalnya nak ke Port Dickson jer, tapi banyak pula halangan, dan akhirnya kami pilih untuk naik ke Genting Highland lagi. Kali ni, ramai sikit, ada Daddy, dan Ciksu sekeluarga. Cikda je tak dapat join sebab tengah sarat mengandung masa tu. 


HOTEL GRAND ION DELEMEN
Kami bercuti bajet kali ni, mommy dah siap2 masak dan frozen kan makanan dari rumah, ramaikan... kalau setiap kali kena makan luar kopak gak lah.. huhuhu... breakfast pula tak include masa booking hotel tu. Kami stay kat hotel Grand Ion Delemen amik apartment 3 bilik. Ada kelengkapan dapur tapi tak boleh masak heavy atau banyak asap. So, kami bawa electric cooker dari rumah siap-siap. Mujur bawak tau, sebab microwave dorang tak function. 

Kami datang awal, lepas Dd solat Jumaat, kami terus bertolak dari Puchong. Mak wan dan Tokyah pula datang malam dengan Ciksu lepas dorang balik kerja. Dapatlah bawa anak-anak mandi kolam banyak kali kalau datang awal kan. Hotel pun dah boleh check in. 

Petang tu, lepas sampai hotel rehat kejap, kemudian petang terus turun mandi kolam. Keadaan dah nak malam kabus memang penuh, gelap, tapi anak-anak macam tak heran pun dengan sejuk, kami yang tua lah rasa menggigil dah, sebab laluan dari bilik hotel nak ke kolam renang tu kena lalu open space


Selesai bawa anak-anak berseronok, masa untuk balik bilik, makan dan rehat sementara tunggu sepupu dorang yang lain sampai. Badan pun letih-letih dah masa tu, penat dalam jem dan perjalanan yang agak jauh dari selalunya. Mujur lah dah siap masak kan... tinggal masak nasi dan panaskan lauk je. Pastu bagi anak-anak makan. Lepas makan, dorang tengok TV. Wifi pun ada kat bilik tu, memang mudah lah. Daddy awal-awal lagi dah berselubong. Dia dengan keadaan sejuk memang macam tu, tak leh jumpa sejuk, cepat selubongnya. 

Day 1 dah berlalu, esok awal pagi, mak ngah dah bangun masak nasi lemak. Heaven betul ye, makan nasi lemak kat tempat sejuk. Mudah sebenarnya kalau kita masak sendiri bila bercuti, lagi-lagi kita yang dah terbiasa dengan memasak di rumah dan anak-anak ramai dan kuat makan macam anak mommylin ni. Kalau makan luar, kami 6 kepala ni, biasa-biasa pun tak lari RM40 lah... walaupun makan kat mamak jer weiiii kopak! 


Puas anak-anak makan, lepas bilik kejap, pastu dorang dah request nak mandi kolam lagi. Mommy ngn daddy kalau boleh nak tidur je, tak pun layan netflix. Tapi budak-budak ni mana boleh diam. So, kami turun lagi bawak dorang mandi kolam. Tapi kali ni, mommy siap-siap bawa bekal jajan dan air. Hahaha sebab main sikit nak makan dorang ni. Situ ada jual jajan juga, tu yang kena bawa sendiri. Kalau beli, memang kopak lahhhhh. 



Lepas Zohor, siap-siap semua zasss g GPO. Tapi tak shopping pun, saja jalan-jalan buat raso-raso. Tak reti lah nak beli belah barang branded ni, jimat duit... Kalau tak, mesti teracun nak beli barang kat sana. Kami duduk lepak Starbuck je kat situ. Sambil mengopi, borak-borak anak beranak, sambil mata dan mulut dok bising dengan perangai anak masing-masing... uhhuuh 

Mengopi orang bujang tak lah camni kan, ni mengopi orang ramai anak.. Ada je perangai memasing tau. Yang taknak berjalan nak berdukong la. Yang tak reti duduk setempat nak berlari je. Adeehhh... Lepas lepak lama, duit pun banyak yang dah mengalir, yelah...duduk lama, takkan nak mengopi je, kena beli donut plak, donut plak bukan 1... hohoho.... settle lepak, kami turun bawah sikit area kedai nak beli bahan untuk steamboat malam tu. 

Mak buyong cm biasalah penat jalan, memang mommy duduk dalam kereta je. Ciksu dengan mak ngah yang masuk kedai beli bahan masak. Pastu kan, boleh plak dorang beli DURIAN... adehhh dah lah klu preggy mommy tak leh makan durian, kang tak bergerak bb. Dulu masa preggy Dina tak pasal kena warded baby kurang gerak. Memang menahan nafsu makan durian lah kalau preggy. Mujur lah tak terasa teringin sangat.


STEAMBOAT
Malam tu, lepas solat, memasing bersilat kat dapur. Banyak jajan dorang beli masa singgah kedai, seronok lah makan je... pastu buat hot chocolate pergghhh di sulami cuaca sejuk, memang best. Yang tak best, pemandangan jer tak de. Unit apartment kami view construction jer... tak best betul. Kalau view bukit, best juga nak layan kan, walaupun time kabus tebal tak nampak apa, tapi sedap lah mata memandang. Tapi kalau dah view construction, ada kabus or tak de tetap tak best pemandangan. huhuhu 

Bila semua dah kenyang, mohler tidur. Esok awal pagi nak kemas-kemas sebelum check out. Cukup lah 2 malam tidur situ. Lepas siap kemas, buat sarapan apa yang ada je. Lauk untuk tengah hari pun dah siap-siap di panaskan. Nanti sebelum keluar makan dulu. Cuaca sejuk memang cepat lapar, budak-budak pula ramai, haaa makan je lah. Janji kenyang dan tak meragam. Harga makanan kat sini bukan murah tau. 





Lepas sarap DD bawak turun anak-anak mandi kolam untuk kali terakhir sebelum balik. Kami mak-mak yang ada, kemas bag baju, pastikan tak ada yang tertinggal. Kemas dapur semua lah. Kalau tak, confirm ada yang tertinggal. Jangan lah harapkan orang laki, biar kita kemas letak setempat, mudah laki nak bawak masuk kereta nanti. 

BEE FARM
Dah check out, kami konon decide nak pergi indoor playground tu. Tapi tak jadi, takut lamaa kat dalam tu dan bila nak turun jalan jem. Yes, selalunya jalan nak ke KL jem. Nak turun bukit tu pun kadang jem. So, kami turun g Bee Farm je. 




Tak ada apa sangat pun kat dalam Bee Farm ni. Saja buat habis duit kat sini.. hahaha Settel Bee Farm jom lah balik ke rumah masing-masing. Kami balik puchong, pak ngah balik senawang. Puas hati bebudak ni, dapat jalan-jalan genting lagi. Tapi mommy pun suka g genting. Rasa macam kena ngan jiwa... hahaha... Cameron tu rasa macam terlalu sunyi. Tapi tu dulu lah... sekarang tak tau lah cameron macam mana keadaan sekarang, lama dah tak pergi. Mood honeymoon ok kot situ. 


Sekian, itu saja lah cerita kami. Tak kemana sangat pun. Jalan dekat-dekat je. Rezeki anak ramai ni, takat situ jer lah. Alhamdulillah... jalan juga kan. Korang g mana je kalau bercuti dengan keluarga selalunya? share lah, mana tau leh pergi situ pula lepas ni.... 


LOVE,
mommylin

Post a Comment

0 Comments