Review Movie Faraway - Kisah seorang isteri dan Ibu yang mencari kebahagian diri

Assalamualaikum korang... 

Lama tak bersiaran kan... Mommylin sibuk urus anak seorang diri, sementara laki pergi umrah ni, banyak benda nak kena handle sendiri. Bila rasa rindu, stress dengan anak-anak, benda sekeliling, mommy happykan diri dengan layan netflix. ihhiih. Bukan lah tak banyak berdoa, zikir atau mengaji, tu pun ada juga buat. Tapi kalau sambil berbaring tu, mommy suka tengok netflix. Dan semalam kan, mommy baru je layan cerita ni kat situ. 



Awalnya cerita ni agak serabut, mungkin macam tu lah kehidupan orang-orang kat tukiye sana. Tapi watak dalam cerita ni bukan beragama islam tau korang. Takut ada ysng pelik pula sebab ada scene yang tak sepatutnya untuk orang islam... 

Zeyneb

Watak utama cerita ni, isteri dan ibu yang bernama Zeyneb. Dia terlalu sibuk urus keluarga, ada suami, anak dan ibubapa tinggal sekali dengan dia. Suami pun sibuk kat tempat kerja. Anak pula langsung tak bantu dia. Bapa pula dengan perangai nak anak layan semua. Kalau mommy lah jadi perempuan ni, memang awal-awal dah giler.



Wasiat
Bila ibu Zeyneb ni meninggal dunia, dia ada wariskan sebuah rumah dan tanah untuk dia. Tapi sangatlah jauh dari tempat dia. Bermulalah pengembaraan Zeyneb ke rumah tersebut dengan susah payah, dari memandu, naik feri dan mendaki bukit untuk sampai ke tempat tu. 

Setiba di rumah tu, dia terus tertidur kerana keletihan. Sedar-sedar ada lelaki kat sebelah dia. Rupanya rumah tu, di jual kepada mak Zeyneb tapi mak dia bagi pemilik lama untuk terus tinggal di situ sehingga ada yang tuntut rumah tersebut. 



Cinta terlarang 
Part ni yang agak tak bermoral sikit atau. Zeyneb nak jual rumah yang dia dapat untuk buat Air bnb. Bila dia bincang dengan suami dia, suami dia mengaku dah curang lepas dia lari rumah aritu. Zeyneb terus kemurungan dan bila dia dah pulih semangat semula, dia pula bercinta dengan pemilik lama rumah tu. 

Ada lah part2 cerita yang kelakar yang korang mesti ketawa habis lah. Cuma cerita ni, tak sesuai di tonton dengan anak-anak... 

Ok lah korang nak feeling lebih, nak tau penyudah cerita ni, tengoklah kat netflix tau. Confirm korang gelak bila tengok scene yang mommy maksudkan tu. 

Love,
Mommylin...

Post a Comment

0 Comments