Kasut Sekolah 2023 - Kasut PALLAS Ringan dan Berkualiti

Assalammualaikum...Hallloooo! Hai korang, busy buat persiapan anak-anak nak sekolah ke tu? 
Lepas settle baju-baju sekolah anak-anak, jangan lupa juga dengan kasut sekolah anak-anak korang tau, penting tu... Budak tengah membesar, setiap tahun mesti kena beli kasut baru dorang, saiz kaki berubah kan... 

Tahun 2023 ni, mommylin pilih Jenama PALLAS untuk tiga orang anak mommylin yang bersekolah tahun ni. Sebelum ni, kami belum pernah cuba lagi kasut jenama PALLAS. Selalunya beli jeee kasut biasa, tak ada brand khas pun, tapi tu lah... Cepat sangat rosak. Ingatkan dah tukar warna hitam, kasut tahan lama, tapi tidak juga.. lagi-lagi anak lelaki, berlari, pijak lopak, lumpur semua dorang hentam, kesah apa... Kita mak-mak ni tengok memang menggeleng kepala je lah. 

Kasut PALLAS JAZZ pilihan kami

Kasut sekolah PALLAS ni, ada banyak design, korang boleh pilih ikut mana yang sesuai dengan anak korang. Macam mommylin, pilih 3 jenis kasut PALLAS JAZZ yang berbeza untuk anak-anak mommylin. 



Double Velcro Strap untuk Hafidh Aryan. Kasut Hafdih saiz 10. Kaki dia memang besar, walaupun baru umur 11 tahun. Mommy pun memang sengaja beli besar sikit, sebab dia memang jenis kejap sangat membesar. 




Kasut PALLAS JAZZ ni, memang sesuai sangat dengan Hafidh, nampak lebih selesa dan bergaya, dan yang penting ianya berkualiti. Masa hari Anugerah Kecemerlangan haritu, Hafidh naik pentas pun guna kasut PALLAS. Anyway, tahniah Hafidh Aryan dapat no 1 dalam kelas untuk sesi 2022. Moga 2023 dapat tempat pertama juga ye... 











Anak no 2 mommylin pula Harris Adeel, seorang yang suka benda yang detail dan rumit, jadi dia pilih kasut sekolah jenis bertali. Kasut jenis bertali ni nampak lebih santai dan design ni adalah signature dan unik design dari PALLAS.



Kain kanvas yang tahan lasak dan tahan lama. Lapisan kanvas yang sangat baik untuk pengudaraan, dan terdapat juga INSOLE getah dengan sokongan melengkung di bahagian dalam kasut untuk keselesaan Harris bila dia pakai semasa di sekolah nanti. 


Aydina Nufayla pula tahun ni darjah 1. Jadi, kami pilih kasut yang terbaru dari PALLAS Jazz ni, Single Velcro Strap. Specialnya kasut ni, dia menggunakan material jenis yang "easy clean" di mana kasut ini mudah untuk dibersihkan tanpa perlu di sental. Material kasut ni sangat special dan kasut ni tersangatlah ringan "X-Light". Mommylin teruja sangat dengan kasut Aydina ni tau. Bila pegang memang ringan sangat. Inilah kasut sekolah paling ringan mommylin pernah jumpa. Bila pakai pun tak terasa berat. Korang kena beli kasut ni, confirm tak menyesal dan sama-sama teruja juga. 



Terdapat juga Kusyen INSOLE khas dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki. Ketebalan kusyen tumit 9mm yang mampu memaksimumkan penyerapan hentakan kaki dan tidak menyakitkan kaki jika memakai kasut dalam tempoh masa yang lama. Lapisan foam kasut yang tebal untuk perlindungan dan keselesaan tambahan. Budak yang baru sekolah, mereka tak biasa berkasut lama, jadi.. kasut ni memang sangat sesuai dengan anak yang darjah 1. 




20 hb hari tu, Aydina ada Orentasi di sekolah baru dia, seronok dia dapat pakai kasut ni. Nampak dia sangat selesa walaupun baru pertama kali pakai kasut sekolah tu. Walaupun kasut ni jenis sporty, tapi bila di gayakan dengan baju kurung tetap nampak cantik dan kemas. Kasut PALLAS memang pilihan terbaik mommylin untuk anak-anak. Korang pun kena pilih PALLAS juga tau, confirm tak menyesal. Pelaburan yang berbaloi untuk anak-anak. 



Ciri-Ciri Khas Kasut PALLAS 

Tahun ni, nak cuba kasut jenama PALLAS pula. Lepas tengok website PALLAS, terus jatuh cinta. Banyak kelebihan dan ciri-ciri khas yang ada pada jenama kasut mereka. Antaranya: 


Ventilation System - Memastikan kaki kanak-kanak mendapat pengudaraan yang baik sepanjang masa persekolahan.  Kasut juga cepat kering.

Better Rebound and More Comfort - Rubber insole membantu mengurangkan kejutan impak tinggi dan memberi perlindungan lebih baik terhadap kaki ketika berjalan.  

Relieves Strain On Foot Muscle - Arch support dibentuk untuk memberikan sokongan kepada lengkungan kaki. Ia memberikan keselesaan optimum terhadap tapak kaki yang rata, lemah,  atau mudah jatuh. Ia juga melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan atau berdiri lama. 


Extra Lightweight - Membantu anak-anak membawa beban berat ke sekolah. Ia jugaaa membantu kanak-kanak membesar dengan kaki yang sihat. 

Sporty and Energetic -  Satu-satunya kasut sekolah dengan ciri X-TONE OUTSOLE yang menjadikan pelajar lebih aktif dan bersemangat semasa di sekolah. 

Breathable and More Comfort - Fabric mesh di bahagian atas mampu menarik kelembapan dan peluh dari kulit dengan cepat. 


Cantik dan Bergaya 

Selain dari ciri-ciri istimewa dari PALLAS, kasut sekolah ini juga mementingkan reka bentuk yang terkini dan sesuai dengan peredaran masa sekaligus mengekalkan ciri-ciri kasut sekolah PALLAS itu. 

Kasut yang selesa dan bergaya juga dapat meningkatkan keyakinan anak-anak di sekolah. Mereka lebih yakin dan bersemangat untuk tampil di hadapan guru dan rakan-rakan di sekolah. 

Beli kasut kat mana? 

Korang jangan risau kalau pergi kedai kasut, tak jumpa kasut jenama PALLAS ni, sebab sekarang korang boleh je beli kasut online. Caranya mudah je, korang pergi ke website ni wow2wee.com/ kemudian scroll bawah sekali dan klik measurement guide. Cara untuk dapatkan ukuran kasut, mereka dah sediakan. Hanya ukur kaki anak dan ikut ukuran yang kita dapat tu untuk pilih kasut yang kita nak. Mudahkan... 




Di web pun dah banyak yang sold out. Jadi, korang kena grab cepat sebelum kasut yang korang berkenan tu habis. 

Jom Beli dan Menang!- Back To School 


Oh ye, sekarangkan, PALLAS ada buat kempen sempena kembali ke sekolah Beli dan Menang. Korang berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3000 untuk pemenang utama, Pemenang kedua pula hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan ketiga RM100. Selain itu, ada juga hadiah saguhati dan hadiah untuk peserta yang awal. 

Oklah korang, kalau nak tahu lebih terperinci tentang kasut sekolah PALLAS  ni. boleh lah follow page rasmi mereka 



Love,
Mommylin













Post a Comment

17 Comments

  1. anak-anak pakai Pallas nampak selesa betul.

    ReplyDelete
  2. mmg cantik bergaya lah masing2.. nice! mmg suka brand ni

    ReplyDelete
  3. Wah .. semua dah ready back to school ya. Lega dah siap kann? Anak kak Nina pun pakai kasut pallas.

    ReplyDelete
  4. Semua pakai kasut pallas yer.. mmg kasut nie berkualiti sgt

    ReplyDelete
  5. Bagus beli online. Kita pun belikan untuk anak juga kasut pallas jazz

    ReplyDelete
  6. Masa sekolah dulu pun guna kasut pallas juga

    ReplyDelete
  7. kita pun beli pallas tuk maira,memang selesa .

    ReplyDelete
  8. bbaloi beli Pallas ni. cantik selesa dan tahan lasak

    ReplyDelete
  9. Elok ada measurement senang nak ukur kan. Kebetulan Abg Qi pun beli kasut Pallas tahun ini tau, yayyy geng la seronoknya. Jom ke sekolah dengan bergaya!

    ReplyDelete
  10. Pallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Wah semua berhaya dengan kasut sekolah Pallas ..

    ReplyDelete
  11. Kasut Pallas ni ringan. Selesa anak2 pakai

    ReplyDelete
  12. Berkualiti betul ye kasut Pallas nie. Tahan lasak pulak tu.

    ReplyDelete
  13. Tahan lasak ye kasut Pallas nie. Design pun lawa.

    ReplyDelete
  14. Kitorang memang setia dengan pallas sejak dari zaman kami sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun kami pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!

    ReplyDelete
  15. Sama pilihan kita . Tahan lasak kasut pallas ni. Memabg berbaloi beli dan tahan lasak suungguh !

    ReplyDelete
  16. Tini pun dah beli kasut sekolah. Anak-anak minat design kasut Pallat juga uolls. Beli online je, senang.

    ReplyDelete