Pindah Rumah Lagi???

Assalamualaikum... 


Hai korang... Ya Allah penatnya pindah rumah korang.... Rasa nya lepas kahwin ni kali ke-4 mommylin pindah rumah. Terasa macam hidup nomad dah. Makin lama, barang rumah makin banyak, bukan sikit. Anak-anak pun dah bertambahkan, barang dan baju mesti lah bertambah. 

Nak tak nak, penat tak penat kena juga teruskan. Kaki ni dah tak larat nak panjat tangga. Kalau di hitung sampai Harraz habis sekolah lagi berapa tahun?? 14 tahun? 15 tahun? lagi huhhuhu.... Jenuh sampai tua nak panjat tingkat 4 tu. 

Pindah mana? 
Mommy pindah area puchong juga. Duduk rumah mak... Mak besarkan rumah baru-baru ni, mulanya memang dia dah ajak duduk sama, sebab tak ada orang. Tinggal mereka berdua je. Adik yang Iman tu dah masuk Tahfiz. Bila ayah kena outstation, mak sorang-sorang. Pape jadi, susah nanti. 

Walaupun kami adik beradik dekat-dekat je. Tapi tak sama kalau duduk sekali. Mak pun ada offer anak menantu lain, masing-masing ada rumah sendiri... jadi, kami je yang ok. Sebab mommylin tak bekerja, mudah lah tak perlu fikir kerja jauh dsb.. D pun ok je, dia memang tak pernah membantah, menantu mithali tu.

Mommy duduk sini, niat nak tolong parent je. Bukan susahkan parent. Duit rumah, makan, anak-anak sekolah bill-bill lain, alhamdulillah semua masih dalam tanggungngan D. Doakan dia murah rezeki ye korang... Banyak jasa dia dalam keluarga ni. 

Kami ni, tak mampu nak hulur duit banyak tiap bulan kat parent, jadi... dengan cara ni, sekaligus membantu lah. Kurang lah beban Ayah nak nak bayar duit rumah lepas ni. Boleh lah Ayah dan Mak mommylin spend duit mereka untuk diri mereka pula.

Pandangan Orang 
Kita ni hidup, orang kata jangan fikir apa yang cakap... Tapi tak mudah... kita tetap akan fikir atau terkesan, terkena tempias mulut orang. Mesti punya... 

Ada yang kata, elok lah duduk sini... boleh tengok dan jaga orang tua. Tapi, mungkin ada juga kata menumpang rumah orang tua, dah tak kerja kan... errrmmmm mungkin lah... tapi mommy pujuk hati, biar lah apa orang fikir, hidup dan rezeki orang tak sama. Mungkin dorang nampak kita menumpang rumah... tapi, kita tak menumpang kasih sayang orang pun... gitutuuu...

Kesibukkan Berganda
Sebenarnya, mommylin belum pun pindah rumah sepenuhnya, baru angkat barang kecil-kecil dan baju-baju jer.. Perabot,TV dan segala mak nenek yang besar tak angkat lagi. InsyaAllah wekend ni, kasi clear semua. Rumah lama nak kena bersihkan dan amik gambar untuk cari penyewa baru. 

Banyak tau barang kami tak amik dan bawa pun. Bagi penyewa guna je nanti. Macam blind kat living tu, amik pun nak buat apa. Sini semua dah siap blind dan langsir. Langsir bilik master pun mommy tak amik. Siap tinggalkan lagi 2 set langsir kalau penyewa nak tukar. Dapur pula, gelas dan pinggan, kuali periuk semua tinggal. Tapi yang elok je lah. Mana yang tak cantik mommy dah let go. Memang kalau penyewa baru masuk, mudah lah... Tak perlu bawa barang banyak. 

Di sebabkan dah terbiasa rutin memasak dan mengemas, duduk sini pun itulah tugas mommylin. Awal pagi dah bangun kemas bahagian atas, settle kemas dan basuh baju sekolah anak, mommy turun bawah sarapan dan terus kemas rumah bahagian bawah pula. So, kiranya kerja tu jadi berganda, sebab rumah ni besar. Masak pun macam tu juga... Dulu masak sekali je, now kena masak 2 kali. Yelah ada orang tua, kita kena layan lah kan. Kadang tu, anak-anak ni pula bila duduk sini asik lapar je pula.

Tugas tambahan lagi, tolong mak mommylin jaga anak-anak adik. Ni paling mencabar. Kita ada anak sebaya dengan dorang, asik lah bergaduh bergusti. aduhhh memang stress... tapi bukan orang lain, sepupu dorang juga. Tak jumpa, mencari bila jumpa bergaduh. Kalau mak mommylin ada kelas atau keluar, memang bertambah lah kerja, walaupun kejap... sebab budak-budak ni tengah lasak. 

Positif 
Penat, lelah, stress, fed up... semua tu asam garam. Duduk rumah sendiri pun ada stressnya. Mommy belajar untuk positif, untuk cekal, keringkan hati, taknak mudah terasa walaupun jenis mudah terasa. Niat mommy nak cari pahala banyak-banyak je. Jika dengan pindah ke sini, mommylin boleh buat pahala banyak dengan menyantun orang tua, mommy kena kuat. Figthing!!!!

Ok lah korang... cukup bebelan mommy di petang Jumaat. Jumpa lagi nanti. Sudi-sudilah tinggalkan komen k. 

Love, 
Mommylin...

Post a Comment

0 Comments