Senarai Baju dan Barangan kelengkapan Sekolah Anak di Pusat Pakaian Hari-Hari

Assalammualaikum... Hai korang... 


Sibuk sungguh mommy minggu ni. Anak-anak exam, rumah makwan pula sibuk sebab ada renovation. Mommy kena masak dan bawakan bekalan untuk makwan, di samping rumah sendiri pun dah macam tongkang pecah sebab kami pun sibuk mengemas untuk pindah rumah.
Dalam pada sibuk tu, kepala ni asyik fikirkan barangan kelengkapan anak-anak nak masuk sekolah. Sekarang dah hujung bulan Januari, tak lama lagi masuk Febuari, kejap je masa berlalu... Kelengkapan sekolah anak tak settle lagi. Nanti buku-buku sekolah dan yuran sekolah anak-anak pula. Kalau tak selesai kan 1 per 1, kepala ni memang akan berfikir je. 


Kami suami isteri pun buat keputusan, untuk selesaikan kelengkapan sekolah anak-anak terlebih dahulu, terutanya Aydina yang nak masuk darjah 1 bulan Mac nanti. Kebetulan kawan-kawan mommy semua cadangkan pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari ada kempen Kembali ke Sekolah. Pusat Pakaian Hari-Hari ni banyak cawangan, kami pilih cawangan yang berhampiran dengan Puchong, Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. 

Kedai ni tak jauh pun dari Puchong tau korang amik masa dalam 20 minit, sampai lah. Mommy suggest korang datang awal pagi, boleh lah memilih lama dan tak ramai orang lagi masa ni. Staff di sana sangat membantu, tak perlu risau untuk mommies yang pertama kali beli baju anak-anak. Bagitahu je, korang nak baju apa dan kalau bawa anak, tunjuk je saiz badan anak tu. Macam tu lah mommylin buat...Memang mudah.

Kasut Sekolah dan Stokin


Kasut barang pertama kami cari. Anak dara ni dah pandai memilih design kasut sekarang, nak yang cantik je. Kita dulu pakai je apa yang makpak belikan. Tak berani lah nak minta macam-macam. Budak sekarang, kalau tak ikutkan kehendak hati dia tak pakai. Nanti kita pula sakit hati, dah beli dia tak pakai. Habis duit je beli. 


Back to story, kasut kami pilih untuk Aydina design ala lady gitu, brand Jony & Jeny. Brand ni memang berkualiti dan ada banyak di kedai ni. Harga pula, murah sangat! sampai dalam kereta, mommy persoalkan kat DD kenapa beli 1? Kasut dia baru RM19.90 je... Kalau beli 2 pun ok sangat. Tapi macam biasalah, adik beradik dia ramai kan. Benda boleh menurun, turun lah kasut lama abang dia sepasang kat dia. Kasut elok lagi, abang tak muat, tu yang dia ada lebih kasut. DD tak bagi membazir. Mohler cari lagi barang lain. 






Stokin pula, korang boleh pilih nak yang panjang atau pendek. Mommy pilih panjang. Tak tahu mana 1 yang panjang, boleh je tanyak staff kat situ. Tak perlu pusing 1 kedai cari stokin panjang. Hihihih... Harga stokin Rm7.50 dapat 3 pasang. 

Baju Sekolah 
Untuk Aydina, mommy beli 4 pasang baju kurung 2 untuk sekolah kebangsaan dan 2 lagi untuk sekolah agama. Sepasang baju kurung harga barulah RM37.90




Cara pilih saiz baju, tudung, dan lain-lain, mudah je... mommy minta staff yang teman kami tu, nak saiz Aydina ( sambil tunjuk Aydina). Staff boleh agak sebab dorang memang berpengalaman. Baju sample untuk saiz semua dah tersedia, pilih 1 saiz dan kalau sesuai boleh terus mintak untuk saiz tu. Aydina mommy pilih saiz 26 labuh sikit je dari badan dia. Ok lah kan, bukan pakai sekarang lagi sebulan 2 nanti kot lah dia tinggi seinci kan... ihihihh 




Tudung pula jenis soft awning, mudah pakai untuk anak darjah 1. Kalau longgar, korang boleh je jahit sikit. Sebab kalau pakai pin, tak sesuai pun untuk budak-budak, takut tercucuk atu jadi senjata plak kat sekolah nanti. Harga tudung yang mommy pilih untuk Aydina RM11.90 Mommy beli 4 pasang untuk 2 sekolah. 




Untuk abang-abang dia pula mommy belikan baju sekolah agama sahaja. Baju melayu sekolah agama Harris RM37.90 juga, tapi baju Hafidh melayu sekolah agama mahal sikit sebab dia dah guna saiz orang dewasa saiz S dan brand No Problem berharga RM46.90.





Awal tahun aritu, kami dah beli baju dorang sikit, apa yang rosak je lah. Macam Hafidh dan Harris ni, Baju sekolah kebangsaan dorang mommy dulu beli lebih dan saiz besar. Tapi tak pakai pun, sebab PKP jarang pergi  sekolah, jadi baju dorang semua elok, cuma pakai sehelai dua je. Jadi tak perlulah membazir belikan. Jimat duit makpak dorang. Fokus pada Aydina pula tahun ni. 

Singlet dan Legging


Anak perempuan banyak juga yang perlu kita beli. Antara benda wajib, singlet dan legging ni. Dah lah dia sebelum ni sekolah PASTI pakai seluar, tak risau sangat. Sekarang dah berbaju kurung, kena lah ada seluar keselamatan untuk dia, risau dia terlupa dia pakai kain je nanti. Singlet tu pula, untuk biasakan dia pakai, budak perempuan sekarang cepat membesar, kenalah ita galakkan mereka untuk pakai pakaian yang lengkap macam anak gadis gituuu. Harga untuk singlet RM6.90  dan legging pula ada banyak design, mommy pilih yang harga  RM12.90



Seluar Track Suit/ Seluar Sukan

Seluar ni wajib beli 2 helai. Biasa dalm jaual waktu sekolah akan ada 2 hari untuk pendidikan jasmani. Baju dah tentulah beli kat sekolah nanti. Seluar kenalah beli di luar. Mujur lah dah berpengalaman anak sekolah situ. Jadi, dah alang-alang membeli, kami beli seluar sukan sekali. 
Harga seluar track suit bergantung pada jenis kain dan brand yang ada. Untuk Aydina, mommy pilih brand No Problem Rm16.90 




Bag Sekolah
Beg sekolah lah barang pertama yang anak-anak mommylin kejarkan haritu. Sibuk sngat dorg pilih bag. Sorang nak ala-ala princess sorang lagi sibuk nak bag spider man. Budak-budak memang sukakan bag bertema macam ni. 



Aydina pilih bag tarik. Mommy suruh dia pilih bag biasa, sebab kalau nak beg beroda, beg akan jadi agak berat. Tapi macam mommy bagi tahu tadi, budak ni dah ada selera dia. Dia nak main tarik-tarik, ala-ala pramugari tarik bag pergi airport. Tu yang dia nak. Imaginasi anak dara sorang tu. Bag yang momylin beli untuk Aydina, harganya hanyalah RM52.90 dan bag Harraz RM16.90



Ada pelbagai lagi jenis bag yang bertema di situ, yang simple dan tak ada corak kartun pn ada. Biasa kalau anak bujang mommy memang akan pilih yang tak bertema. Malu dia pakai bag ada kartun, kawan gelak kan kataya. Anak dah bujang kan. Mestilah tak suka semua tu. Tapi, hakikatnya kat rumah 24jam tengok doreamon hahahha.... 



Alat Tulis 
Oh ya, kat sini kan bukan sekadar ada baju-baju alat tulis pun ada. Pen, pencil, pembaris, dan macam -macam lagi lah. Tinggal nak amik dan bayar je. hhihi....




Macam yang mommylin bagitahu, kedai ni memang lengkap. Semua barangan keperluan ada. Korang yang risau nak kena pergi tempat lain, sebab barang tak cukup atau tak ada saiz yang sesuai tu, mommylin suggestkan korang shopping awal, supaya saiz yang korang nak tu ada. 

Pusat pakaian Hari-Hari ni, memang sesuai semua peringkat umur. Bukan sahaja pakaian sekolah anak-anak sekolah rendah, malah sekolah menengah pun ada di sini. Baju untuk pakai harian, pergi bekerja pun ada. Semua saiz dari bayi hingalah dewasa. Jadi, korang jangan lepaskan peluang membeli belah di sini ok. Selamat bershopping!! 









Promosi kembali ke sekolah kembali lagi!


FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit!

Marilah Pergi Hari-Hari!

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 


Love, 
Mommylin..

Post a Comment

0 Comments