Besar dah anak dara mommy sorang ni. Terasa sangat cepat masa berlalu. Sekarang dah jadi kawan gaduh mommy. Ada je benda nak kena marah hari-hari... Cemana nak jadi BFF ni?? Tapi, dia suka bercerita dengan mommy. Balik sekolah ada je cerita dia nak kongsi. Memula layan kan juga lah. Dia memang suka pergi sekolah... Kalau mommy tak sihat dan dia kena cuti, dia memang akan sedih.
Ok, back to besday Aydina... Dia yang request nak tema Frozen ni. Padahal dia bukan lah peminat frozen pun. Dari kecik, mommy kenalkan dia dengan benda warna pink je, macam hello kitty. Beli barang mesti ada warna pink. Nak jinak kan perasan kewanitaan dalam diri dia. Dia kan berkawan dengan lelaki dari kecil. Mommy dengan dia je gegirl kat rumah ni, sepupu dia belah mommy pun semua lelaki...
Bila dah bersekolah, dia mula berkawan dan ramai kawan perempuan, mula lah dia minat dengan bag kawan, kasut kawan... Bila ada sambutan besday pula, ada pula kawan yang buat besday tema macam-macam, dari situ lah dia minat
Baju Frozen muslimah
Masa awal-awal dia bagitahu, mommy pening dah nak cari baju. Dah lah baru nak biasakan dia dengan tudung, pastu nak tema princess frozen plak, jenuh mommy nak meri baju. Macam biasa, mmmy cari kat shopee senang. Bju dari China murah. Kalau pandai cari, boleh dapat murah dan berkualiti. Alhamdullillahdapat yag muslimah, murah dan kualitiaik. bukan lah kualiti butik, tapi baik, tak nipis dan nampak mahal. Tudung pula, mommy tak sempat beli online, pakai apa yang ada je. Kesian dia... Tapi ok lah, tak pelik... Dia pun suka.
Sambut birthday di K FRY
Makan pula, kami dah malas nak sambut besday kt rumah... huhuh yelah, pkp duduk rumah, takkan nak sambut besday kat umah juga. Di sebabkan bajet pun tak besar, mommy ajak dd makan di K Fry je. Kat sana kalau celebrate besday meriah, ada orang nyanyi. Tak malu lah kita nak nyanyi sendiri. Aydina pula jenis suka perhatian, memang dia suka lah orang nyanyikan untuk dia. Mommy ajak mak wan dan tok yah sekali makan kat sana. Kek pula kami beli masa dalam perjalanan nak ke kedai makan tu. Beli kek murah je, asal ada kek kekdahnya... happy lah dia. Tapi kalau kek kena share, tak happy sangat, sebab tak leh claim tu kek dia...hahaha
Ok lah, cukup sampai sini sharing besday tema frozen aydina. Sebab mommy nak fikir besday dia pula untuk tahun ni...katanya nak sambut dengan kawan-kawan kat sekolah. Kenalah beli goodies bag dan kek untuk bawa g sekolah.
Love,
Mommylin
0 Comments