Azam 2023 - Selamat Tahun Baru

Assaamuaaikum...

Hai korang... Selamat Tahun Baru... azam tahun ni, sama ke berbeza? Kalau mommy, ada yang "carry foward" dan ada yang baru... Tahun 2022 sebenarnya tak ada azam khas pun, mommy jenis suka buat sesuatu tu bila tiba masa yang sesuai. Bukan rancang dari awal. Sebab, selalunya mommy mudah lupa dan hilang semangat bila ianya memakan masa. Korang jangan ikut perangai ni... hahaha

Rohaniah

Untuk tahun ni, mommy cuma berharap, apa yang mommy dah mulakan dari tahun 2022 akan terus kekal dan istiqomh. Antaranya mommy nak lebih banyak ibadah dari tahun lepas. Banyakkan solat sunat dan zikir. Sebenarnya semua ni, mommy dah lama azamkan, tapi tak amik serius. Orang kata, kalau nak berubah kena berubah sebelum usia 40 tahun. Macam mommy ni, lagi beberapa tahun je lagi nak masuk 40 tahun jadi, mommy mulakan awal supaya bila usia dah 40 itu semua dah jadi rutin dan sebati dengan diri. Tahun ni pula nak tambah 1 lagi, nak banyakkan puasa sunat. Susah sangat nak puasa mommy ni, kepala asyik fikir makanan je. huhuh... Kalau puasa tu, lembik selembiknya. Tu yang mommy tak mula berpuasa sunat tu. Kalau puasa wajib tu, lain... sebab kita kita puasa beramai-ramai. Pastu, puasa sebab nak raya. Hahaha perangai budak sangat kan. 




Anak-anak dan keluarga

Mommy juga ada target untuk anak-anak. Alhamdulillah sebelum tahun baru haritu, Harris dan naik alquran. Tak sangka mommy berjaya ajar dia dari Iqra' 1 sampai habis Iqra' 6. Sekarang mommy mengajar Hafidh dan Harris al-quran pula. Aydina masih Iqra 4. Isyaallah boleh naik Al-quran kalau mommy dan dia rajin tahun ni. Nak istiqomah tu, mahal betulkan. 

Tahun 2023 ni, mommy akan pindah rumah makwan. Insyaallah duduk sana for good. Korang doakan ye. Bukan mudah kita duduk ramai ni. ihihhi.... Makwan berhabis duit tambah bilik kat bahagian bawah untuk bilik dia. Bahagian atas jadi kosong. Iman pula dah duduk tahfiz. Memang tak ada orang rumah tu. 

Bila makwan ajak pindah sana, memula kami berat juga. Kita dah lama duduk sendiri, makan tak cukup ke, bil tertunggak ke, rumah jadi kapal karam, tak ada sapa nak kesah. Tapi bila duduk dengan orang tua ni,lain... Semua kena jaga dan kena lebih bertolak ansur serta banyak bersabar. Doakan mommy dan keluarga ye... 

"Carry Foward"


Azam carry foward mommy adalahh..... azam nak kurus. Rasanya ramai je ada azam macam ni. Hahaha... Sabar je lah ye. Memula nak kurus sebelum raya. Turun lah 1,2 kg je... Pastu, raya sakan, makan itu ini, nanti konon diet balik, raya setahun sebulan je... ihihih... 

Begitu lah al kisah azam tahun baru mommy. Dah jadi mak-mak ni, azam tu merangkumi 1 keluarga. Haaa gitu. Barulah nampak hala tuju jadi suri rumah tu. haha.. 

**********************IKLAN*************************


Oh ya... Korang boleh beli planner muslimah untuk membuat perancangan dan perjalanan tahunan korang lebih terperinci dan teratur. Planner ni sesuai untuk semua muslimah. Bukan untuk suri rumah je. Untuk wanita bekerjaya, pelajar.. dan sesiapa sahaja, asalkan dia wanita muslimah sebab banyak bahagian ibadah, zikir dan seakannya. 


Untuk info lanjut, boleh klik link ni PLANNER MUSLIMAH 

Love, 
Mommylin...

Post a Comment

0 Comments