Sambut Birthday di Bilik Hotel Kuala Lumpur - Harraz turn 2

Assalamualaikum... 

Tahun lepas, kami celebrate birthday Harraz di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bukan lah celebrate gah makan kat hotel pun, tapi kami hanya book sebuah bilik dan tidur semalaman sahaja. Simple, tapi anak-anak gembira. Lagi-lagi lepas dapat pergi hotel setelah sekian lama terkurung. 



Hotel Olimpik, Kuala Lumpur 


Hotel ni,  harga murah je.. mommy order melalui agoda. Itu je tempat yang biasa mommy guna untuk booking hotel. Serius tak tahu hotel ni ada bilik yang ada playground untuk anak-anak. Kalau tahu, dah tentu mommy order bilik tu. 







Bilik Hotel

Tapi, bilik yang kami order juga pun ok. 1 katil king dan 1 sofabed. Bilik pun tak sempit sangat, dorang masih boleh berlari lagi. Anak-anak mommy ni, letak lah kat mana pun, dorang boleh main 24 jam. 





Bilik kecik, tapi selesa. Cukup lah nak tidur untuk semalaman kami anak beranak. Deko untuk birthday pula kami dah beli awal-awal dari puchong. Sampai bilik terus deko, kalau tangguh nanti bilik sepah nak amik gambar tak cantik. 

Deko Birtday simple

Deko birthday ni, memang dah set, tinggal nak pilih tema je. Baloon pun dah siap dia bagi. Best kan. Sekarang dah banyak kedai "Party item" ni. Kalau nak beli online, shopee banyak murah-murah juga. Cuma mommy tak beli kat shopee sebab kami plan last minute je tidur hotel ni. 






Kek Birthday 



Asalnya kan, kami nak order kek delivery ke Hotel. Tapi macam leceh... lagi pun budak je kan... tak payah nak suprise sangat lah kan... hahaha. So, kami plan lepas maghrib pergi time square dinner dan makan kek sekali. 

Tapi punya lah ramai umat dalam tu. Dengan orang asingnya... seram plak tengok. Dah lah masih dalam kes covid tingg masa tu. Cari kedai kek yang ada menu dinner sekali. Order kek 2 slice dan lilin, seronok sangat dah budak tu. Kami pun seronok, perut kenyang.... Alhamdulillah... 

Sekian, itu je cerita besday Harraz 2 tahun. Untuk besday 3 tahun dia, kami buat simple juga. Dah takde besday besar-besar dah sekarang. Asal ada kek, insyaallah anak-anak happy. 

 

 

 





Post a Comment

0 Comments