Bangi Wonderland Theme Park and Resort - Punca ramai orang serbu!

Assalamualaikum... Hai korang....! Nak tahu tak, minggu lepas kami pergi ke Bangi Wonderland setelah sekian lama rancang nak pergi, dan akhirnya sampai jua di sana. Ni  kali ketiga mommylin bawa keluarga datang sini. Tahu tak sebab apa mommylin pilih Bangi Wonderland untuk bawa keluarga berseronok di sini? 




Destinasi Riang Seisi Keluarga


Tak sangka kali ni, dapat lagi jejak kaki di Bangi Wonderland lagi. Bila bagitahu je anak-anak nak bawa mereka pergi mandi manda,terus teruja. Bangun awal pagi, dah sibuk ajak pergi. Padahal masih awal, Bangi Wonderland pun belum buka lagi. 
Dari rumah dah siap-siap pakai baju renang, nanti bila dah sampai tak perlu buang masa tukar baju, terus terjun. 



Memang betul pun jangkaan mommy, lepas je dari kaunter untuk check in tu, mereka terus berlari. Tak sempat nak letak bag, mommy dia dah terjerit.. risau sebab yang kecik pun join terjun kolam sekali. Mujur Daddy mereka ada, bolehlah tolong perhati anak-anak. 






Lokasi Yang Strategik

Bangi Wondeland ni, sangat dekat. Kalau kita lalu highway plus sekejap je dah sampai. Macam mommy pula, mommy dari Puchong menuju ke sini dalam setengah jam je. Kami lalu area Bangi lama. Saja nak santai-santai sebab keluar rumah awal. Kalau korang lalu sini kan, banyak tau kedai makan yang boleh singgah untuk sarapan. 

Biasanya parent tak ada cuti panjang untuk bawa anak-anak pergi bercuti, jadi Bangi Wonderland ni memang antara pilihan terbaik bagi mereka yang tinggal sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Perjalanan balik hari juga boleh, tanpa perlu menginap.

Kawasan Terbuka dan Luas


Selepas musim pendemik, ramai orang bepusu-pusu untuk keluar setelah hampir 2 tahun terkurung. Dan tentu sekali pusat peranginan dan taman tema menjadi piihan utama mereka yang berkeluarga. Bercuti untuk mengembalikan keseronokkan anak-anak dan menambah memori bahagia mereka selepas setelah lama terperap di rumah.




Bangi Wonderland berkeluasan 12 ekar dan mempunyai 16 permainan air yang menarik.  Kawasan yang luar dan terbuka seperti ini sangat sesuai untuk anak-anak supaya tidak perlu terlalu bersesak dan mempunyai  pengudaraan yang baik. Ini di antara permainan yang ada di Bangi Wonderland. 

  • Kids Adventure
  • Magic Funnel
  • Anaconda Trail
  • The Fall
  • Green Pearl
  • Wonder Loop
  • Spiralax
  • Body Slide
  • Pirates Bay
  • Water Cannon
  • Boomeriang
  • Surf Rider
  • Insane Racer
  • Typhoon River
  • Meander River
  • Pirates Spa


Serius banyakkan permainan di sini. Sampai tak dapat nak main semua. Untuk parent yang ada anak kecil macam kami, mata tu kena sentiasa tajam, dan perhati gerak geri anak. Jangan biarkan anak main sendirian walaupun ramai safety guard di sana. 



Kalau korang yang bujang atau datang tanpa anak kecil, boleh lah explore semua permainan yang ada di sana. 

Fasiliti yang lengkap

Kalau korang memandu sendiri datang ke sini, korang tak perlu risau untuk parking, kawasan tempat letak kereta yang di sedia luar dan ada parking yang berbumbung atau dalam bangunan. Lift untuk parent yang bawa stroller dan pada yang menggunakan kerusi roda. 

Selain itu kemudahan lain seperti surau, tandas, changging room dan locker juga di sedia. Jadi, tak perlu risau dengan kemudahan awam di sini. Semuanya cukup! Oh ya, kedai sebaneka dan cafe pun ada di sini. Boleh pilih makanan yg sesuai dengan selera masing-masing.

Paling penting adalah public area untuk korang duduk pun banyak. Boleh pilih untuk duduk di kerusi dan meja yang di sediakan atau sewa Cabana (pondok) untuk tempat rehat sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil atau warga tua. 


Harga Tiket yang Murah dan Pakej Menarik

Kalau korang nak tahu, harga tiket untuk masuk Bangi Wonderland adalah sangat berbaloi dengan apa yang kita dapat kat dalam tu. Untuk yang walk-in, korang boeh dapat harga seperti gambar di bawah. Percuma untuk anak yang bawah 90cm.



Tapi, kalau beli online sekarang ada promo kaw-kaw tau korang. Jadi, cepat-cepat beli sebelum promosi itu tamat. Korang boleh klik gambar di bawah untuk purchase tiket promo. 



Pakej Tiket dan Penginapan



Korang juga boleh dapatkan pakej water park dan hotel untuk 4 orang. fo pakej seperti di bawah.

Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le' Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 Persons🔥🔥

WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.

WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.

Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/for booking

Info :
Walking distance from Le'Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.

Jangan lupa korang, jom pergi Bangi Wonderland Theme Park and Resort cuti sekolah ni. Untuk info lanjut, korang boleh hubungi pihak Bangi Wonderland ok. Happy holiday!!!

BANGI WONDERLAND
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

TEL: +6019 682 7174

EMAIL: sales@bangiwonderland.com.my

 

OPENING HOURS

Weekends

10:00 AM - 6:00 PM

Monday, Wednesday, Thursday, Friday

11:00 AM - 6:00 PM

Post a Comment

0 Comments